Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Gesa pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dipercepat di DUN Ngemah
  • SEMASA

DUN: Gesa pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dipercepat di DUN Ngemah

Utusan Sarawak 19 hours ago
ANYI Jana (GPS-Ngemah) semasa perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Anyi Jana (GPS- Ngemah) menggesa kerajaan Sarawak agar memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan projek pembangunan di kawasan luar bandar, khususnya di DUN Ngemah yang masih ketinggalan dari segi kemudahan infrastruktur asas.

Dalam ucapan perbahasannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 hari ini, Anyi Jana menekankan keperluan mendesak untuk mempercepat pelaksanaan beberapa projek pembangunan infrastruktur yang tertangguh. Antaranya termasuk pembinaan Feri Ram Sedaya, penaiktarafan Jalan Nibong Tada hingga ke Skim Penempatan Semula (SPS) Nanga Tada, serta beberapa projek jalan raya lain seperti Jalan Simpang Sedaya Lama, Jalan Nanga Ngungun–Nanga Nirok–Nanga Jagau, dan Jalan Nanga Dap–Nanga Ngemah–SPS Nanga Ngungun.

Beliau turut mencadangkan pembinaan jalan baharu yang menghubungkan kawasan DUN Machan dan DUN Ngemah melalui Jalan Batu Luking ke Teluk, Batang Rajang. Selain itu, beliau juga menggesa penaiktarafan beberapa jalan lain, termasuk Jalan Nanga Jih–Ulu Jih, Jalan Sungai Tuah–Ulu Sungai Tuah, serta jalan balak yang menghubungkan ke Skim Penempatan Semula (SPS) Nanga Jagau dan Hulu Sungai Ngemah.

Mengulas mengenai penubuhan Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA) pada Julai 2023, Anyi menyatakan bahawa agensi tersebut wajar diberikan peruntukan bajet segera agar cadangan pembangunan yang telah dibentangkan dalam bengkel pada Jun 2024 dapat dilaksanakan. Antara projek berimpak tinggi yang disarankan termasuk pembukaan ladang kelapa sawit, tanaman kopi dan pembinaan jaringan jalan raya yang menyeluruh bagi meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan Wilayah Tengah Sarawak.

Tambah beliau, DUN Ngemah menempatkan tiga Skim Penempatan Semula (SPS) di bawah Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) sejak 1972, iaitu SPS Nanga Jagau, SPS Nanga Ngungun dan SPS Nanga Tada. Namun, selepas lebih 50 tahun, masih terdapat isu berlarutan seperti ketiadaan surat hak milik bagi penempatan rumah panjang dan keperluan membuka penempatan baharu akibat kesesakan di kawasan sedia ada.

Anyi turut menyentuh isu kebajikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). Beliau menggesa agar elaun Ketua Kaum dinaikkan daripada RM900 kepada sekurang-kurangnya RM1,200, manakala elaun Penghulu disyorkan kepada minimum RM1,500 sebulan. Beliau juga mencadangkan agar skop pentadbiran Ketua Masyarakat dikurangkan kepada 20–30 kampung atau rumah panjang bagi mempertingkatkan kecekapan pentadbiran.

Dalam isu pelantikan Tuai Rumah, beliau mencadangkan agar mereka yang mentadbir sekurang-kurangnya 20 bilik diberi kelonggaran untuk dilantik secara sah dan diberikan Sijil Pelantikan Ketua Kaum. Di DUN Ngemah sendiri, terdapat lima Tuai Rumah yang telah berkhidmat lebih 10 tahun tetapi masih belum menerima sijil pelantikan walaupun memenuhi syarat.

Anyi mengakhiri ucapan dengan menggesa agar semua cadangan dan permasalahan yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya demi kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar Sarawak.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia dan Thailand bekerjasama naik taraf kemudahan perhubungan grid elektrik
Next: Martabatkan bahasa kebangsaan, Malaysia perlu contohi negara maju  – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.