Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Perkasa pembangunan luar bandar, rapatkan jurang sosioekonomi
  • TEMPATAN

DUN: Perkasa pembangunan luar bandar, rapatkan jurang sosioekonomi

Utusan Sarawak 12 hours ago
Rolland Duat Jubin semasa sesi soal jawab pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) diyakini mampu merealisasikan matlamat wawasan kemakmuran bersama, khususnya dalam memperkasa pembangunan luar bandar serta mengurangkan jurang sosioekonomi antara kawasan bandar dan pedalaman.

Rolland Duat Jubin (GPS-Meluan) berkata, pelbagai inisiatif dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan merupakan bukti jelas komitmen kerajaan dalam membawa kemajuan yang inklusif untuk rakyat di semua peringkat.

“Fokus kerajaan negeri adalah untuk memastikan rakyat di kawasan luar bandar tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan. 

“Justeru, keutamaan diberikan kepada pembinaan jalan raya, bekalan air bersih, elektrik, dan kemudahan asas lain di kawasan pedalaman,” katanya ketika perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa tidak ada rakyat Sarawak yang harus tercicir daripada menikmati hasil kemajuan negeri ini.

“Kita tidak mahu pembangunan hanya tertumpu di kawasan bandar semata-mata. Rakyat pedalaman juga berhak untuk menikmati kemudahan dan peluang ekonomi yang setara,” tambahnya.

Rolland turut menggesa semua pihak agar terus menyokong usaha kerajaan dalam memastikan setiap projek yang dirancang berjalan lancar dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada komuniti luar bandar.

Oleh Amanda L

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DBP Sarawak perkukuh intelektual muda demi pembangunan negara
Next: DUN: Wilfred Yap cadang larang jual beli tembaga sekerap di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.