Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBP Sarawak perkukuh intelektual muda demi pembangunan negara
  • TEMPATAN

DBP Sarawak perkukuh intelektual muda demi pembangunan negara

Utusan Sarawak 8 hours ago
DR Azizul Ismail berucap pada Karnival Intelek Peringkat Sarawak di Bahagian Limbang.

LIMBANG: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak terus menjalankan inisiatif untuk memperkasakan intelektual dalam generasi muda di negeri ini sejajar agenda utama pembangunan negara.


Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Dr Azizul Ismail berkata Karnival Intelek usaha bersepadu pihaknya untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang  bahasa dan sastera yang menjadi aspek penting dalam pembinaan jati diri dan kekuatan intelektual bangsa.


“Karnival Intelek ini dianjurkan bukan saja sebagai platform untuk pengayaan ilmu, tetapi karnival ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar.


“Jadi hari ini penting bagi membuktikan bahawa anak-anak di Limbang ini menjadi murid yang mempunyai kemenjadian yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Karnival Intelek Peringkat Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Bahagian Limbang bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya, hari ini.


Bahagian Mukah dan Limbang dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Karnival Intelek pada tahun ini.


Karnival Intelek di Bahagian Mukah berlangsung pada 14 hingga 17 April lepas manakala program sama berlangsung di Bahagian Limbang pada 19 hingga 22 Mei, berakhir hari ini.


Sebanyak 13 buah program telah dilaksanakan di Limbang sama ada dalam bentuk pertandingan, program bersifat bimbingan kreatif dan perkongisian ilmu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mancha working visit to Simunjan
Next: DUN: Perkasa pembangunan luar bandar, rapatkan jurang sosioekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.