Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • SPRM akan rakam keterangan Jovian Mandagie, kes rasuah Ismail Sabri
  • MAHKAMAH

SPRM akan rakam keterangan Jovian Mandagie, kes rasuah Ismail Sabri

Utusan Sarawak 10 hours ago
JOVIAN Mandagie

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Perdana Menteri kesembilan itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan menemui Datuk Jovian Mandagie di Indonesia dalam masa terdekat.

“Keterangan beliau diperlukan untuk mengesahkan tentang sesuatu aset yang diisytiharkan oleh Ismail Sabri.

“Kira-kira kes ini akan selesai siasatan pada akhir bulan Jun dan kemudian kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azam berkata rakaman percakapan itu adalah susulan arahan SPRM kepada Ismail Sabri untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, sebanyak 57 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan setakat ini.

Ismail Sabri mengisytiharkan sumber-sumber perolehan beliau pada 10 Februari lepas.

Pada 3 Mac lepas, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safe house susulan serbuan pihaknya.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Mahkamah tolak permohonan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan bela diri rasuah RM2.8 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.