Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Rakyat perlukan tindakan segera, bukan janji
  • Tengah
  • WILAYAH

DUN: Rakyat perlukan tindakan segera, bukan janji

Utusan Sarawak 11 hours ago
ROYSTON Valentine (GPS – Tellian) membangkitkan pelbagai isu berkaitan keperluan dan pembangunan infrastruktur asas di kawasan Tellian pada Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, hari ini. Foto UKAS
 

PETRA JAYA: Royston Valentine (GPS – Tellian) hari ini membangkitkan pelbagai isu berkaitan keperluan dan pembangunan infrastruktur asas di kawasan N.57 Tellian dalam Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.

Dalam ucapannya, beliau menekankan keperluan mendesak untuk mempercepatkan pelaksanaan projek jaringan jalan raya yang telah diluluskan, yang disifatkan amat penting demi kesejahteraan penduduk luar bandar.

Antara projek jalan yang diketengahkan termasuk Jalan Nanga Baoh ke Ulu Baoh di daerah Dalat, naik taraf Jalan Ulu Sikat – Sebakong (Fasa 2), Jalan Alternatif ke Skim Petanak, Jalan Sebakong / Ulu Sikat / Lubok Bemban (Fasa 3), naik taraf Jalan Dijih – WTK Sebakong, pembinaan Jalan Tellian Bypass Mukah, naik taraf Jalan Bukit Inkerbai ke Lubok Bemban (Selekoh Sg Tajam), dan naik taraf Jalan Tingkas / Sikat / Sebakong yang kerap terputus akibat banjir sungai Batang Mukah.

Selain itu, Royston turut meminta penjelasan mengenai status permohonan bekalan elektrik untuk rumah panjang di bawah Skim ALAF dan RES yang telah dikemukakan melalui Pejabat Daerah Mukah. Beliau menekankan kepentingan menyegerakan pelaksanaan projek-projek tersebut.

Mengenai isu bekalan air terawat, Royston menggesa pihak bertanggungjawab memberikan maklum balas terhadap status pelaksanaan projek di kawasan Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban, Ulu Sikat & Sebakong, Sungai Arip, Dijih, Ulu Baoh dan Sebakong, Rumah Ibat ak Lantai, dan Projek Loji Rawatan Air Mukah.

Dalam hal kemudahan sukan pula, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap kerosakan dan kekurangan prasarana di Mukah.

Beliau mendesak agar Dewan Sukan Tertutup di bawah kendalian Sarawak Sports Corporation (SSC) segera dibaiki dan dinaik taraf.

Royston juga menuntut penyelesaian segera terhadap proses penyerahan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah yang masih belum boleh digunakan walaupun telah dinaik taraf.

Beliau turut memohon maklum balas mengenai status pembinaan Stadium Mukah Fasa 2 (Stadium Tertutup) dan projek pengubahsuaian Dewan Suarah Mesra Mukah.

Dalam aspek perumahan, beliau menggesa kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik di Mukah untuk memenuhi keperluan keluarga muda.

Beliau turut menekankan keperluan menyelesaikan isu pemilikan tanah individu di beberapa taman perumahan seperti Taman Desa Kenanga dan Taman Desa Cempaka.

Selain itu, beliau memohon maklum balas mengenai status SPK Tellian Fasa 1 serta mencadangkan pembangunan baharu seperti SPK Tellian Fasa 2, SPK Sungai Ragei / Sungai Pegei dan SPK Petanak Fasa 2.

Isu pemaju perumahan yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual turut disentuh, dengan Royston menggesa tindakan tegas diambil bagi melindungi kepentingan pembeli.

Beliau menegaskan bahawa semua isu yang dibangkitkan adalah hasil maklum balas rakyat dan perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan serta agensi-agensi berkaitan.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Pembinaan rumah kos rendah, sederhana di Jepak diperhebat
Next: Siren tsunami di Miri dinaik taraf, ujian dijadual 23 Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.