Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Generasi muda hadapi cabaran maklumat tanpa saringan
  • TEKNOLOGI

Generasi muda hadapi cabaran maklumat tanpa saringan

Utusan Sarawak 11 hours ago
INTELEK TEKNOLOGI… Datuk Hasbi Habibollah (tiga kiri) menyerahkan hadiah kepada para pemenang sempena Karnival Intelek, kelihatan Dr Azizul Ismail (lima kiri).

LIMBANG: Generasi muda hari ini berdepan dengan cabaran penjanaan maklumat yang tidak lagi melalui proses saringan yang sewajarnya, sebaliknya disebar secara melulu dan mudah diakses hasil daripada perkembangan pesat teknologi.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata keupayaan teknologi seperti mendepani kecerdasan buatan atau AI dan ChatGPT boleh mengubah cara dan daya berfikir dan pemikiran juga melalui situasi seperti makanan segera.


Jelasnya berfikir dengan membuat analisis dan berfikir mencari kaedah untuk melakukan analisis merupakan proses yang berbeza. 


“Justeru, berfikir ke arah pemerkasaan intelektual perlu memahami konsep berfikir dan mengenali konteks berfikir.


“Ini kerana perkembangan teknologi yang membawa sekali pelbagai pemudah cara untuk berfikir telah menjadikan generasi muda kita hanyut dan leka mencari jawapan pada setiap persoalan dengan timbang tara yang objektif semata-mata. 


“Ini akan terus berlaku sekiranya mereka tidak mempunyai asas kewajaran berfikir untuk mendukung nilai keintelektualan itu sendiri,” katanya ketika berucap pada Karnival Intelek Peringkat Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di Bahagian Limbang bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya, hari ini.


Hasbi turut melahirkan kerisauan terhadap generasi muda yang akan terbina dengan sifat sebagai robot dalam diri mereka iaitu kebergantungan terhadap persekitaran yang berunsur manipulasi, termasuk cara berfikir, antaranya ChatGPT. 


Oleh itu katanya usaha DBP yang telah memulakan kerangka berfikir melalui pertandingan dalam program Karnival Intelek perlu diteruskan, di perkasa, diperbanyakkan dan dipelbagaikan agar pemupukan dan pengembangan daya berfikir dalam kalangan generasi muda dan seterusnya masyarakat umum menjadi pemangkin ke arah pembinaan negara yang maju makmur.


“Usaha memperkasakan intelektual dalam kalangan generasi muda sudah semestinya menjadi agenda utama sesebuah negara. 


“Ini selaras dengan polisi kerajaan Sarawak yang sedang mengusahakan kerangka pembangunan yang menyeluruh sama ada berkaitan dengan fizikal, mental, spiritual dan emosi menjelang 2030 sebagai wilayah yang maju dalam Malaysia,” katanya.


Tambah beliau DBP menepati kerangka tersebut agar generasi muda sebagai pelapis yang akan mewarisi dasar kepimpinan dan pembangunan mampu berdaya saing, berinovasi dan menzahirkan sebuah kemajuan dalam segala aspek.

Turut hadir Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Azizul Ismail.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Malaysia berpotensi manfaat industri ekonomi ruang angkasa – MOSTI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.