Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • EXIM Bank sokong pengembangan Mac World ke pasaran GCC
  • BISNES

EXIM Bank sokong pengembangan Mac World ke pasaran GCC

Utusan Sarawak 8 hours ago
EXPORT-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Mac World Food Industries LLC, anak syarikat Mac World Group, untuk menyokong pengembangannya ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

KUALA LUMPUR: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Mac World Food Industries LLC, anak syarikat Mac World Group, untuk menyokong pengembangannya ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Perjanjian itu dimeterai semasa Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IsDB) di Algiers, Algeria, pada 21 Mei 2025, dan disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

Menerusi perjanjian itu, EXIM Bank akan menyediakan pembiayaan patuh syariah untuk menyokong pembinaan dan operasi kemudahan pembungkusan canggih Mac World di Dubai Industrial City.

Tapak seluas 9,287 meter persegi itu akan mengukuhkan keupayaan Mac World sebagai peneraju serantau dalam industri minyak masak, memacu pertumbuhan merentas pasaran Emiriah Arab Bersatu dan GCC.

“Berdasarkan kepada jualan mengagumkan sebanyak RM1.7 bilion pada 2024, pelaburan strategik ini meletakkan Mac World di landasan untuk mencapai pertumbuhan mampan dan menjadi peneraju pasaran.

“Dengan mendapatkan bahan mentah dari Malaysia, Mac World mengukuhkan rantaian bekalan huluan Malaysia sambil meningkatkan keupayaan pemprosesan hilirannya di Timur Tengah, mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ekonomi halal global,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2024, EXIM Bank mempunyai pendedahan pasaran berjumlah RM248.5 juta di Timur Tengah, dan perjanjian ini mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau ini serta meningkatkan pengaruh global Malaysia dalam industri halal yang sedang berkembang pesat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank Nurbayu Kasim Chang berkata bank itu bersedia untuk merangsang momentum dalam mengukuhkan kehadiran Malaysia di pasaran pertumbuhan tinggi seperti rantau Teluk.

“Penyelesaian kami yang disesuaikan dan patuh syariah mendorong pengembangan serantau mereka sambil memperkukuh penerajuan Malaysia dalam kewangan Islam dan ekonomi halal,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Urusan Mac World Group Abraham Thomas berkata misi syarikat untuk membawa produk makanan halal premium Malaysia ke persada dunia kini aktif di lebih 80 negara melalui jenama mereka yang dipercayai.

“Kemudahan baharu di UAE ini akan memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat di rantau GCC dan dijangka menyumbang hasil tahunan lebih AS$100 juta,” katanya.

Pada 2024, industri halal Malaysia menjana hasil sebanyak RM62 bilion dan diunjur berkembang kepada RM500 bilion menjelang 2030, menyumbang 11 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Selain itu industri tersebut juga dijangka mewujudkan 700,000 peluang pekerjaan serta mengukuhkan peranan Malaysia sebagai kuasa besar dalam ekonomi halal global.– Bernama

Continue Reading

Previous: Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak
Next: Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM383.77 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.