Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Deklarasi Petros-Petronas, kerangka baharu kerjasama strategik, harmoni – Abang Johari
  • SEMASA

Deklarasi Petros-Petronas, kerangka baharu kerjasama strategik, harmoni – Abang Johari

Utusan Sarawak 8 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak melakar lembaran baharu dalam usahanya memperkukuh kedaulatan tenaga menerusi pemeteraian satu deklarasi bersama yang bersejarah dengan Kerajaan Persekutuan, yang menetapkan kerangka kerjasama baharu dalam sektor minyak dan gas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyifatkan deklarasi itu sebagai satu ‘pencapaian penting’ yang menandakan perubahan strategik dalam hubungan yang semakin berkembang antara Sarawak dan Putrajaya , berlandaskan semangat federalisme, penghormatan bersama dan pengiktirafan terhadap hak-hak perlembagaan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepimpinan dan komitmen beliau dalam memformalkan deklarasi bersama ini,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Deklarasi itu memperincikan peranan masing-masing yang dimainkan oleh Petros dan Petronas di Sarawak, sekali gus menegaskan bahawa undang-undang Persekutuan dan negeri perlu wujud secara harmoni dan dihormati oleh semua pihak. 

Keutamaan turut diberikan kepada pengiktirafan rasmi terhadap Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016, yang menurut Abang Johari merupakan satu pengesahan jelas terhadap kuasa peraturan negeri.

“Ini merupakan bukti komitmen Perdana Menteri, mewakili Kerajaan Persekutuan, dalam menghormati aspirasi dan hak-hak perlembagaan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Dengan pengiktirafan Petros sebagai pengagregator gas rasmi di Sarawak, semua pihak yang terlibat dalam perniagaan pemasaran, pengagihan dan pembekalan gas kepada pengguna di negeri ini kini diwajibkan mematuhi sepenuhnya DGO 2016.

Abang Johari turut menyuarakan komitmen negeri untuk bergerak seiring bersama Kerajaan Persekutuan, Petronas dan Petros dalam melaksanakan kerangka ini secara ikhlas dan menyeluruh, membuka ruang bagi kerjasama masa depan, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“Petronas akan bekerjasama dengan Petros bagi pelaksanaan projek-projek masa hadapan di Sarawak yang melibatkan rakan antarabangsa,” katanya, sambil menambah bahawa kerangka ini memberi kepastian dan kejelasan kepada industri serta mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju tenaga serantau.

Langkah berani ini, katanya, adalah penting dalam merealisasikan potensi gas negeri, memacu Pelan Induk Gas Sarawak serta mempercepatkan peralihan ke arah tenaga yang lebih bersih dan lestari, sejajar dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab tenaga rantau Asean.

“Deklarasi bersama ini membuktikan bahawa hak Sarawak dihormati, dan kemajuan sebenar hanya dapat dicapai melalui perkongsian tulen dan kepercayaan bersama,” katanya.

Oleh Amanda L. & Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak, Indonesia selaraskan pengambilan pekerja asing – Dr Rundi
Next: Petronas dikecualikan mohon lesen beroperasi di Sarawak tetapi perlu maklum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.