Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Datuk M. Nasir pertimbangkan tawaran lakonan
  • HIBURAN

Datuk M. Nasir pertimbangkan tawaran lakonan

Utusan Sarawak 14 hours ago
M Nasir bersama Joey

KUALA LUMPUR: Melihat kepada perjalanan seni lebih empat dekad seniman legenda tanah air, Datuk M. Nasir dalam persada hiburan negara, penyanyi tersohor ini tidak sekadar hebat dalam dunia nyanyian, ciptaan muzik ataupun pelukis bahkan aura lakonannya juga sentiasa dinanti ramai.

Sejak kemunculannya dalam filem pertamanya pada 1986 menerusi ‘Kembara Seniman Jalanan’, aksi anak kelahiran Singapura yang terkenal dengan julukan sifu industri muzik tanah air ini juga mempunyai ‘sentuhan magisnya’ tersendiri sehingga berjaya memberi impak besar kepada penampilan lakonannya itu.

Bahkan filem yang dibintangi pelantun yang terkenal dengan lagu Mentera Semerah Padi, Tanya Sama Itu Hud-Hud ini tidak sekadar menjadi bualan ramai akan tetapi juga, turut merekodkan kutipan pecah panggung, antaranya Fenomena (1990), Selubung (1992) dan Puteri Gunung Ledang (2004).

Dengan kejayaan membanggakan ini, suami kepada Marlia Musa yang sinonim dengan watak serius dan romantik ini berkata dirinya tidak terikat dengan lakonan bergenre tersebut semata-mata namun, bersifat terbuka untuk menerima serta menjayakan apa sahaja watak yang ditawarkan.

“Saya rasa mereka (penerbit) ingat saya mahu membuat benda-benda yang serius sahaja. Sebenarnya, kalau watak dan cerita itu saya suka, saya tidak kisah. Watak komedi juga boleh,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Kebolehan M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed untuk memvariasikan watak termasuklah komedi terserlah menerusi aksinya sebagai pengetua sekolah rendah dalam muzik video terbaharu pelawak dan penyanyi, Joey Daud berjudul ‘Wamwamsam’ yang dilancarkan di YouTube Luncai Emas kelmarin.

Biarpun kelibatnya dalam muzik video itu hanyalah sekejap, penampilan maestro muzik tanah air yang bersahaja serta lain daripada kebiasaan pembawakan karakter serius serta romantik, tampaknya menyuntik ‘nafas segar’ dalam kerjaya penghibur tersohor ini.

Bagi bapa kepada enam orang anak ini, dirinya tidak meletakkan sebarang syarat khusus untuk menerima sebarang tawaran lakonan, asalkan naskhah serta watak yang ditawarkan mempunyai kekuatan tersendiri dari segi penceritaaan serta berjaya menarik perhatiannya.

“Kalau ada masa dan cerita itu berjaya menarik minat saya, saya buatlah (berlakon). Kali terakhir berlakon filem pada 2023 menerusi filem Imam, lepas itu adalah drama sikit-sikit. Selain itu, saya juga buat alih suara untuk sebuah filem animasi tempatan,” kata pelantun lagu Mentera Semerah Padi ini.

Dalam pada itu, penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1994, 2000 dan 2001 itu juga dikhabarkan akan terlibat dalam filem berjudul ‘Daud M Origin’ yang membawakan watak bapa kepada Joey, yang menggalas karakter utama dalam filem itu.

“Saya tak cakap terima tawaran (filem Daud M Origin), Joey yang cakap. Saya ada tanya dia, dia melamar saya ke untuk watak bapa itu, tapi (belum sempat saya beri apa-apa jawapan) dia dah ‘confirm’ terlebih dahulu. Tapi tengoklah, kalau ‘deal’ dia bagus,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Joey Daud kembali dengan single terbaharunya ‘Wamwamsam’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.