Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 551 lesen industri gas dikeluarkan di Sarawak sejak pindaan DGO 2016
  • SEMASA

DUN: 551 lesen industri gas dikeluarkan di Sarawak sejak pindaan DGO 2016

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Ibrahim Baki (GPS- Satok) ketika menjawab pertanyaan Safiee Ahmad (GPS- Daro) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Sebanyak 551 lesen berkaitan aktiviti industri gas telah dikeluarkan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sejak pindaan ke atas Ordinan Pengagihan Gas, 2016 (DGO 2016) mula berkuat kuasa pada tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Dato Ibrahim Baki berkata daripada jumlah tersebut, 14 lesen diberikan kepada pemain industri huluan manakala 537 lesen melibatkan industri hiliran yang beroperasi di negeri ini.

Menurut beliau, langkah kawal selia itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan semua aktiviti berkaitan pengedaran gas dijalankan secara sah dan selamat mengikut peruntukan undang-undang.

“Sehingga kini, kementerian turut mengeluarkan 10 notis ketidakpatuhan kepada pihak yang menjalankan aktiviti pengedaran gas tanpa lesen di Sarawak,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menjawab soalan lanjut berhubung jenis lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 7 ordinan itu, beliau menjelaskan bahawa ia merangkumi pelbagai peringkat aktiviti industri gas bermula daripada pengimportan, regasifikasi, pemprosesan, pengangkutan, pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur gas, pembekalan hingga ke peruncitan.

Tambahnya, mana-mana pihak yang didapati menjalankan aktiviti pengedaran gas tanpa lesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20 juta bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan berikutnya, denda boleh meningkat sehingga 10 kali ganda seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 21A ordinan tersebut.

“Dengan pelaksanaan kawal selia yang ketat ini, kerajaan komited memastikan industri gas di Sarawak kekal terkawal, teratur dan selamat demi kepentingan pengguna serta kelestarian pembangunan utiliti negeri,” ujarnya.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Pertimbang penubuhan pusat pendidikan khas, kolej Tingkatan 6 di Daro
Next: DUN: Tender naik taraf Jalan SK Ulu Entaih dijangka dibuka suku ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.