Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Gesa tindakan segera tangani isu pengusaha sarang burung walit di Sarawak
  • SEMASA

DUN: Gesa tindakan segera tangani isu pengusaha sarang burung walit di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
CHIENG Jin Ek (GPS-Bukit Assek) semasa perbahasan mengenai isu-isu kritikal yang dihadapi oleh pengusaha industri sarang burung walit di Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek, telah membangkitkan isu-isu kritikal yang dihadapi oleh pengusaha industri sarang burung walit di Sarawak dalam ucapannya semasa perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. 

Beliau memulakan ucapannya dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap ucapan berwawasan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, semasa Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat DUN Sarawak ke-19.

“Ucapan Tuan Yang Terutama mengandungi pelbagai pandangan bernas yang akan menjadi kompas panduan kepada kerajaan Sarawak dalam mencapai kemakmuran berpanjangan dan keharmonian sosial,” ujar beliau.

Chieng memberi tumpuan kepada lima isu kritikal, dengan menekankan cabaran utama yang dihadapi oleh industri sarang burung walit, satu sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, industri ini menghasilkan kira-kira 8 tan sarang burung setiap bulan dengan nilai pasaran sekitar RM24 juta, dan menyokong ribuan pendapatan rakyat Sarawak. Sarawak kini diiktiraf sebagai pengeluar sarang burung berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa, terutamanya kerana kandungan asid sialik yang tinggi.

Namun, beliau menegaskan bahawa hanya 10 peratus pengusaha walit yang berdaftar, yang menyukarkan proses pemantauan dan pengawalseliaan oleh pihak berkuasa. Tambah beliau, sistem pelesenan yang rumit melibatkan pelbagai agensi seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), dan Pihak Berkuasa Perancangan Negeri, yang menjadi halangan utama kepada pengusaha.

“Saya berharap tindakan yang tegas dan segera dapat diambil oleh kementerian-kementerian yang berkaitan untuk menangani isu ini secara berkesan dan tanpa lengah,” katanya.

Chieng menutup ucapannya dengan menggesa agar kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap cabaran ini bagi memastikan pertumbuhan mampan industri dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Oleh Norman B.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Bekalan elektrik berterusan perlu disegerakan demi kesejahteraan penduduk luar bandar
Next: DUN: Sirung-1 ditemui di perairan Balingian, gesa kerajaan bangunkan kemudahan pendaratan minyak, gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.