Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Bekalan elektrik berterusan perlu disegerakan demi kesejahteraan penduduk luar bandar
  • SEMASA

DUN: Bekalan elektrik berterusan perlu disegerakan demi kesejahteraan penduduk luar bandar

Utusan Sarawak 1 day ago
NICHOLAS Kudi (GPS-Baleh) semasa membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di DUN, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Keperluan untuk menyambungkan bekalan elektrik secara berterusan ke kawasan luar bandar perlu disegerakan demi menjamin pembangunan dan kesejahteraan penduduk.

Menurut Nicholas Kudi (ADUN Baleh), Program SARES (Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme) yang dilaksanakan kerajaan Sarawak dan Sarawak Energy Berhad telah banyak membantu menyediakan bekalan asas kepada penduduk pedalaman namun sistem ini hanya membekalkan sekitar 3 hingga 5 kWh sehari, yang tidak sesuai untuk kegunaan komersial dan pembangunan bandar.

“Program SARES banyak membantu rumah panjang mengurangkan kebergantungan kepada penjana diesel yang mahal dan tidak mesra alam,” katanya ketika membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan TYT Yang di-Pertua Negeri.

“Namun, kita tidak boleh bergantung kepada sistem ini semata-mata kerana keperluan sebenar hari ini memerlukan kuasa elektrik yang lebih stabil dan berterusan.

“Tunoh kini sedang berkembang sebagai pusat pentadbiran Daerah Bukit Mabong dan memerlukan bekalan elektrik 24 jam bagi menyokong operasi pejabat, stesen pertanian, serta penempatan semula lima rumah panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Penghargaan atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, penyambungan bekalan melalui sistem grid adalah lebih mapan dan perlu dilaksanakan segera.

“Saya mohon agar pihak SEB menilai semula keputusan menangguhkan projek grid elektrik hanya kerana laluannya melibatkan bekas jalan balak. 

“Ini tidak wajar dijadikan alasan untuk menafikan hak rakyat luar bandar menikmati pembangunan.

“Penyambungan grid 33kV ke Tunoh termasuk pembinaan sub-stesen adalah sangat penting untuk merancakkan pembangunan bandar baharu dan meningkatkan taraf hidup masyarakat,” tegasnya.

Beliau turut mencadangkan agar sistem tenaga solar dipertimbangkan sebagai alternatif di stesen-stesen luar bandar seperti Stesen Pertanian Tunoh yang masih bergantung kepada penjana elektrik yang sudah rosak.

“Tanpa bekalan elektrik, operasi pejabat tergendala dan pam air juga tidak dapat berfungsi, menyebabkan penduduk terputus bekalan air.

“Saya berharap kerajaan dapat memperuntukkan dana baik pulih penjana dan pada masa sama mempertimbangkan pemasangan sistem solar sebagai penyelesaian jangka panjang,” tambah beliau.

“Usaha kerajaan Sarawak untuk memperluas akses elektrik adalah bukti keprihatinan terhadap rakyat luar bandar, namun pelaksanaan perlu lebih pantas dan bersifat jangka panjang,” ujarnya.

Beliau menyifatkan ucapan TYT sebagai panduan jelas kepada kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan luar bandar terus diberi keutamaan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Pembangunan modal insan sebagai keutamaan untuk kemajuan Sarawak
Next: DUN: Gesa tindakan segera tangani isu pengusaha sarang burung walit di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.