Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Isu geran khas, tambahan kerusi Parlimen diberi tumpuan dalam tuntutan MA63
  • SEMASA

DUN: Isu geran khas, tambahan kerusi Parlimen diberi tumpuan dalam tuntutan MA63

Utusan Sarawak 2 days ago

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjawab pertanyaan lisan daripada Lidam Assan (ADUN Katibas) pada sidang DUN hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Dua tuntutan utama seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diberikan tumpuan dalam rundingan lanjut kerajaan Sarawak bersama kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazalli berkata pertama ialah mempercepat perbincangan mengenai formula Geran Khas seperti yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Sarawak juga sedang meneliti isu penambahan jumlah kerusi Parlimen negeri ini di Dewan Rakyat, sejajar dengan semangat dan tujuan asal MA63.

“Isu ini telah dibangkitkan secara berterusan oleh kerajaan Sarawak melalui mesyuarat rasmi dan platform rundingan termasuk dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

“Kerajaan Sarawak terus komited untuk memastikan hak dan keistimewaan negeri ini dipertahankan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Lidam Assan (ADUN Katibas) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sharifah Hasidah berkata sebagai langkah interim, Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan jumlah Geran Khas untuk Sarawak daripada RM300 juta kepada RM600 juta setahun selama lima tahun.

“Namun Kerajaan Sarawak tetap mahukan satu formula yang lebih adil dan kekal berdasarkan semakan kewangan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Sarawak sedang giat memperjuangkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah sebagai usaha memperbetulkan ketidakseimbangan perwakilan dan memastikan semangat asal MA63 direalisasikan dalam sistem demokrasi negara.

“Kita mahu pengagihan kerusi Parlimen menggambarkan kedudukan Sarawak sebagai rakan pengasas Malaysia, bukan sekadar salah satu negeri dalam Persekutuan.

“Isu-isu ini dibincangkan secara berterusan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, serta melalui jawatankuasa teknikal bersama. 

“Kerajaan Sarawak beriltizam memastikan segala hak yang termaktub dalam MA63, Perlembagaan Persekutuan, dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dipulihkan dan dihormati sepenuhnya,” jelasnya.

Berdasarkan MA63 yang ditandatangani 62 tahun lalu, dan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, menetapkan peruntukan yang munasabah diberikan kepada Sarawak dan Sabah. Ia tertakluk kepada semakan setiap lima tahun sekali. 

Putrajaya mula mengakui dan mengiktiraf fakta ini apabila awal 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Pemberian Khas RM300 juta itu, masing-masing kepada Sarawak dan Sabah. Bagaimanapun, kadar munasabah belum dimuktamadkan.

Sementara itu, mengikut Perjanjian Malaysia 1963,  termaktub bahawa Sarawak dan Sabah, harus memiliki satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Pada 1963, Sabah mempunyai 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 iaitu mewakili 35 peratus dari keseluruhan 159 kerusi Parlimen, manakala baki 65 peratus atau 104 kerusi adalah untuk Tanah Melayu. Tanah Melayu tidak mempunyai majoriti dua pertiga ketika itu.

Oleh itu, apabila Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965, kerusi yang dimiliki Singapura seharusnya diberi kepada Sabah dan Sarawak bagi mengekalkan perwakilan 35 peratus itu.

Justeru, setelah ketiadaan Singapura, seharusnya kerusi yang dimiliki republik itu diberi kepada Sabah dan Sarawak sekali gus mengekalkan kuota satu pertiga seperti dalam MA63.

Kini, Dewan Rakyat mempunyai sejumlah 222 kerusi membabitkan 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung Malaysia, manakala baki 56 kerusi atau 25 peratu adalah di Borneo iaitu 31 kerusi di Sarawak dan 25 kerusi di Sabah.

Oleh MASRIN AFFIRAH 

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak rangka perjanjian baharu RAS
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat daripada SIDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.