Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh disokong operasi BNM
  • BISNES

Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh disokong operasi BNM

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.58 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.26 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik, termasuk tender RM2 bilion selama tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 33 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM42.1 bilion dan RM21.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Hotel giat laksana persiapan, tampil hospitaliti Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
Next: Jualan automotif dijangka reda tahun ini selepas paras rekod pada 2024 – HLIB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.