Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Denzel Washington bertengkar dengan jurugambar di karpet merah Festival Filem Cannes
  • HIBURAN

Denzel Washington bertengkar dengan jurugambar di karpet merah Festival Filem Cannes

Utusan Sarawak 1 day ago
PELAKON Denzel Washington, bertengkar dengan seorang jurugambar di sebelah penyanyi dan pelakon AS, A$AP Rocky, ketika mereka tiba untuk tayangan filem Highest 2 Lowest sempena edisi ke-78 Festival Filem Cannes di Cannes, Perancis, pada 19 Mei 2025. Foto AFP

CANNES: Bintang Hollywood, Denzel Washington, terlibat dalam pertengkaran dengan seorang jurugambar sebelum menerima anugerah kehormat di Festival Filem Cannes Ke-78 di Perancis pada Isnin.

Washington, 70, hadir buat pertama kali di festival itu untuk tayangan filem terbaharunya bersama pengarah , Spike Lee, berjudul Highest 2 Lowest.

Pelakon yang telah memenangi dua Anugerah Oscar itu menerima anugerah kehormat Palme d’Or sebelum tayangan bermula, yang mana rakan pelakon A$AP Rocky dan pasangannya Rihanna turut hadir sebagai tetamu VIP.

Terdahulu, pelakon veteran itu dilihat berdepan insiden kurang menyenangkan dengan seorang jurugambar di atas karpet merah.

PELAKON Denzel Washington, tiba untuk tayangan filem Highest 2 Lowest sempena edisi ke-78 Festival Filem Cannes di Cannes, selatan Perancis. Foto AFP

Jurugambar tersebut dilihat memegang lengan Washington ketika beliau sedang bergambar di hadapan sekumpulan jurugambar.

Washington menepis pegangan itu dan kemudian menuding jari sambil beberapa kali kelihatan berkata “berhenti”, menurut rakaman video.

Namun begitu, meskipun berdepan insiden itu, mood Washington jelas bertambah baik dengan sambutan hangat terhadap filemnya bersama Lee.

Filem yang diadaptasi daripada karya klasik 1963 oleh pengarah Jepun tersohor Akira Kurosawa bertajuk High and Low, dipuji oleh The Hollywood Reporter sebagai karya yang memiliki “jenaka, gaya tinggi dan tenaga kinetik yang membara.”

The Guardian pula memuji Washington atas ‘prestasi hebatnya’ dalam filem itu’, dengan menggambarkan lakonannya sebagai seorang mogul muzik yang penuh keyakinan dan karisma.

A$AP Rocky bergandingan dengan Washington dalam Highest 2 Lowest, meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan yang termasuk filem If I Had Legs I’d Kick You arahan Mary Bronstein, yang ditayangkan di Festival Filem Berlin pada Februari lalu.

Sebelum menyampaikan anugerah kepada Washington, pengarah festival Thierry Fremaux mempersembahkan montaj persembahan ikonik Washington, termasuk dalam Malcolm X dan Mo’ Better Blues, kedua-duanya diarahkan oleh Lee.

Turut ditayangkan petikan filem Glory, yang memberikannya Oscar untuk pelakon pembantu lelaki terbaik pada 1989, serta Training Day, yang memenangkannya anugerah pelakon lelaki terbaik pada 2002. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem Gayong ditayangkan di 33 negara Amerika Latin
Next: Joey Daud kembali dengan single terbaharunya ‘Wamwamsam’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.