Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Industri mikro-alga buka peluang pelaburan bioekonomi
  • SEMASA

DUN: Industri mikro-alga buka peluang pelaburan bioekonomi

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Dr Hazland Abang Hipni menjawab soalan Krian, Friday Belik (GPS-Krian) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

PETRA JAYA: Perkembangan industri mikro-alga di Sarawak membuka peluang pelaburan dan penyertaan aktif syarikat serta individu tempatan dalam pelbagai bidang berkaitan bioekonomi.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, syarikat tempatan boleh melabur dalam aktiviti penanaman dan penuaian mikro-alga, menceburi bidang pengekstrakan minyak alga mentah serta membangunkan biojisim alga untuk pelbagai kegunaan seperti makanan haiwan, produk nutraseutikal dan farmaseutikal.

“Bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa skala ekonomi yang bersesuaian amat penting bagi memastikan projek yang dilaksanakan berdaya maju dan mampan untuk jangka masa panjang.

“Dalam usaha berkaitan kelestarian tenaga, kerajaan melalui SEDC Energy Sdn Bhd juga sedang mengkaji dan meneroka beberapa sumber alternatif lain bagi pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Krian, Friday Belik (GPS-Krian) semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Antara sumber yang dikenal pasti berpotensi termasuk minyak masak terpakai, rumpai laut, sisa pertanian serta pelbagai jenis biojisim.

Langkah ini seiring dengan komitmen Sarawak untuk membangunkan industri tenaga hijau yang berimpak tinggi dan menyumbang kepada matlamat pembangunan lestari.

Oleh Amanda L. & Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sharifah reda pemergian suami tercinta semasa tunaikan haji
Next: EAIC dedah siasatan JPN berhubung kes kad pengenalan lewat lebih 10 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.