Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 980 peserta semarakkan Larian Berita Terkini 2.0 Edisi Malam
  • SUKAN

980 peserta semarakkan Larian Berita Terkini 2.0 Edisi Malam

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan penganjur. Foto Adele Rissa

KUCHING: Seramai 980 peserta memeriahkan Larian Berita Terkini 2.0 Edisi Malam yang berlangsung di sini malam ini, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara pengamal media dan masyarakat.

Acara anjuran bersama Persatuan Wartawan Komanwel Cawangan Sarawak (CJA) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) itu menawarkan dua kategori iaitu Larian Kompetitif 7 Kilometer dan Larian Santai 3 Kilometer.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan pelepasan acara tersebut sebelum kedua-dua kategori larian bermula serentak pada 7.20 malam.

Bermula di Hotel Pullman Kuching dan berakhir di The Hills, peserta melalui beberapa mercu tanda bandar raya yang diterangi cahaya lampu, sekali gus mewujudkan suasana meriah sepanjang acara.

Pengerusi CJA, Nancy Nais berkata, sambutan menggalakkan itu membuktikan sokongan masyarakat terhadap usaha memupuk gaya hidup sihat serta semangat kebersamaan.

“Melihat 980 peserta berhimpun untuk satu matlamat yang sama amat menggalakkan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua penaja, jawatankuasa penganjur, peserta, rakan media dan sukarelawan yang telah menjayakan Larian Berita Terkini 2.0.

“Kerjasama ini membuktikan banyak perkara dapat dicapai apabila komuniti berganding bahu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SERAMAI 980 peserta menyertai Larian Berita Terkini 2.0 Edisi Malam di Kuching, malam ini. Foto Adele Rissa 

Beliau berharap lebih ramai masyarakat menjadikan aktiviti fizikal sebagai amalan harian kerana usaha menjaga kesihatan perlu dilakukan secara berterusan.

Sementara itu, KDJA, Ronnie Teo berkata, acara tersebut mencerminkan kerjasama erat antara pengamal media, rakan korporat dan masyarakat.

Menurutnya, pengamal media yang sentiasa mengejar tarikh akhir dan perkembangan berita semasa perlu turut memberi perhatian terhadap kesihatan diri.

“Melalui Larian Berita Terkini, kami mahu menggalakkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan agar wartawan serta pengamal media terus mampu berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) berharap dapat terus bekerjasama dengan Persatuan Wartawan Komanwel Cawangan Sarawak (CJA) dalam menganjurkan lebih banyak program yang menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan antara media dan komuniti.

Edisi malam tahun ini turut mencuri perhatian apabila peserta mengenakan jersei bertemakan Piala Dunia dengan pilihan rekaan Argentina, Brazil dan Jerman, sekali gus menambahkan kemeriahan acara.

Program itu mendapat sokongan daripada Anytime Fitness, FHR Alliance, Kementerian Belia dan Sukan, Petra Energy Berhad, Pullman Kuching, The Hills, Lee Fah Mee Trading, TSL Marketing Sdn. Bhd. dan Harissons Trading.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin dan ADUN Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Oleh Adele Rissa 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Erling Haaland jadi inspirasi nama 563 rakyat Peru
Next: Bellingham muncul wira, bawa England ke separuh akhir Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.