Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 98 kes kemalangan jalan raya, 40 kes narkotik direkodkan di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

98 kes kemalangan jalan raya, 40 kes narkotik direkodkan di Meradong

Utusan Sarawak 2 days ago

PANGKAT SARJAN… DSP Tansli Mering menyematkan pangkat kepada anggota polis yang menerima pangkat Sarjan. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Sebanyak 98 kes kemalangan jalan raya, 40 kes berkaitan narkotik, lapan kes jenayah kekerasan, 25 kes jenayah harta benda serta 27 laporan jenayah komersial telah direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Tansli Mering, berkata daripada 98 kes kemalangan yang dicatatkan, empat melibatkan kematian, empat cedera parah, manakala 90 kes lagi melibatkan kemalangan ringan dan rosak.

“Sebanyak 374 saman trafik telah dikeluarkan dan sejumlah RM21,310 kompaun saman dikutip. Dalam masa yang sama, lapan kes jenayah kekerasan (lapan tangkapan) dan 25 kes jenayah harta benda (21 tangkapan) turut dilaporkan. 

“Bagi kes narkotik, sebanyak 40 kes direkodkan melibatkan satu kes bekalan (satu tangkapan), satu kes milik (satu tangkapan), 38 kes saringan air kencing (38 tangkapan) serta dua tangkapan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jenayah komersil pula merekodkan 27 laporan dengan sembilan kertas siasatan dibuka,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Meradong bagi Julai 2025, semalam. 

TAHNIAH….Penerima APC menerima sijil APC daripada DSP Tansli Mering. Foto IPD Meradong 

Beliau menggesa agar semua bahagian IPD Meradong melipatgandakan usaha membanteras apa jua kes jenayah kekerasan serta kes berundur judi seperti judi dalam talian, judi sabung ayam, judi nombor ekor haram dan sebagainya. 

“Pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) disaran untuk memainkan peranan lebih pro aktif dengan membuat perancangan dan melipatgandakan usaha untuk mencegah apa jua bentuk jenayah yang berlaku di dalam daerah ini. 

“Oleh itu, saya menggesa semua bahagian untuk memainkan peranan lebih jitu dan bersepadu bagi mengurangkan kadar jenayah indeks di daerah ini yang mana sekali gus akan memberi kepercayaan kepada masyarakat dan menaikkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PDRM kontinjen Sarawak khususnya. 

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil juga diharap memainkan leranan lebih aktif lagi bagi mmebuat tangkapan yang berkualiti dan seterusnya meningkatkan kadar pertuduhan di mahkamah. 

“Pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil hendaklah turun padang dan memberi penerangan kepada masyarakat berkaitan kes-kes penipuan scammer yang berleluasa ketika ini yang mana kerugian yang amat besar kepada negara,” katanya. 

Manakala, katanya, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah disaran untuk meningkatkan penguatkuasaan dan pencegahan kepada masyarakat supaya memberi ceramah kesedaran keselamatan lalu lintas supaya kes-kes kemalangan maut dan sebagainya di daerah ini dapat dikurangkan. 

“Saya juga berharap supaya kita di IPD Meradong haris bersiap siaga dalam apa jua bentuk bencana alam atau apa-apa malapetaka yang berlaku. 

“Pihak Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam hendaklah bersiap sedia dalam apa jua bentuk bagi bertindak pantas dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat. 

“Arahan dalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 hendaklah dipatuhi,” katanya. 

Tansli turut mengucapkan tahniah kepada empat anggota polis pangkat rendah dari IPD Meradong yang telah dinaikkan pangkat Sarjan dan tujuh penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang terdiri daripada lima anggota polis dan dua kakitangan awam.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Doris Sophia dilantik sebagai FOM bagi KDN
Next: Projek RM900,000 atasi kesesakan di Jalan Wong Soon Kai, Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.