Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 97 kanak-kanak diraikan pada Konvokesyen Tabika Perpaduan
  • Tengah
  • WILAYAH

97 kanak-kanak diraikan pada Konvokesyen Tabika Perpaduan

Utusan Sarawak 4 months ago
DATUK Ding Koung Hiing bergambar bersama penerima pada majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei 2024/2025.

SARIKEI: Seramai 97 kanak-kanak diraikan pada majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei 2024/2025.

Hadir bagi merasmikan majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Katanya, ia melibatkan 11 kelas Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei dan sebuah Taska Perpaduan Bahagian Sarikei.

TAHNIAH…Datuk Ding Koung Hiing menyampaikan skrol kepada penerima.

“Saya dimaklumkan seramai 97 kanak-kanak Tabika dan Taska yang terlibat dalam konvokesyen ini. Sesungguhnya majlis ini sangat bermakna bagi mereka.

“Dengan adanya majlis ini, bermakna tamatlah sesi pembelajaran kanak-kanak tersebut di Tabika dan Taska Perpaduan Bahagian Sarikei,” katanya ketika berucap pada majlis tersebutdi Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan, semalam.

Tambahnya, majlis konvokesyen ini juga adalah sebagai tanda menghargai kanak-kanak dan ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan pembelajaran dan aktiviti sepanjang sesi 2024/2025.

“Saya berharap agar pendidikan di peringkat Tabika dan Taska ini dapat membentuk kanak-kanak menjadi insan yang berilmu, berdaya saing, berakhlak mulia serta menghormati ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Di majlis tersebut juga, Koung Hiing mengumumkan akan menyalurkan geran khas bernilai RM10,000 kepada Pejabat Perpaduan Bahagian Sarikei untuk menjalankan aktiviti tahunan 2025.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan Bahagian Sarikei, Erma Farida Yusuf dan Pengerusi Pengelola Hari Konvokesyen Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei dan Taska Genius Perpaduan Bahagian Sarikei Sesi 2024/2025, Selimah Morsidi.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anjing liar tersekat pada jaring 
Next: Bomba Sarikei pantau tiga lokasi berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.