Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 96 murid terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah 2026 di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

96 murid terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah 2026 di Meradong

Utusan Sarawak 5 hours ago
SERAH BANTUAN….Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei menyerahkan bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah 2026. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Seramai 96 murid yang bakal melangkah ke sekolah menengah telah menerima pakaian seragam dan kasut baharu.

Penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei serta ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, menerusi Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

Katanya, pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei hadir ke sekolah-sekolah terlibat bagi menyampaikan bantuan khas tersebut pada semalam, merangkumi penerima daripada Tahun 6 yang akan memasuki kelas peralihan dan Tingkatan 1 pada tahun hadapan.

“Bantuan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan saya dalam memperkukuh kebajikan murid dan pelajar di kawasan Parlimen Sarikei.

“Saya berharap sumbangan ini dapat memberikan motivasi kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baharu dalam keadaan lebih selesa dan berkeyakinan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, program bantuan tersebut merangkumi murid daripada pelbagai sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chiang, SJKC Kai Sing, SJKC Tung Kwong, SK Sungai Kawi, SJKC Yong Kwong, SK Tulai, SJKC Kung Cheng, SJKC Tong Hua, SJKC Nang Hua, SJKC Yong Cheng, SJKC Ming Shing, SK Sungai Sian dan SK Tanjung Bundung.

Beliau turut memaklumkan bahawa program seumpama ini telah dilaksanakan secara konsisten sejak 2019 bagi memastikan murid dan pelajar menerima sokongan sewajarnya, khususnya dalam penyediaan keperluan asas persekolahan.

“Sokongan kepada mereka adalah tanggungjawab bersama demi masa depan generasi muda dan pembangunan komuniti tempatan.

“Saya menggesa agar para ibu bapa terus memberi galakan kepada anak-anak serta memanfaatkan bantuan yang disediakan sebaiknya,” katanya.

Selain penyerahan bantuan, program ini turut memberi ruang kepada pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei untuk mendengar pandangan, maklum balas dan keperluan lain berhubung kebajikan warga sekolah di kawasan tersebut.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor kekal siap siaga sepanjang MTL
Next: Gawai Antu perkukuh perpaduan komuniti Rumah Nyawin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.