Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 959 penduduk Kabong peroleh manfaat MyLesen
  • Tengah
  • WILAYAH

959 penduduk Kabong peroleh manfaat MyLesen

Utusan Sarawak 3 months ago

KABONG: Program Bantuan Lesen Memandu B2 (MyLesen) yang diadakan di setiap daerah negeri ini dengan tujuan memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, kerajaan sentiasa memahami keperluan rakyat dengan pelaksanaan insiatif-inisiatif yang menyeluruh dan bertepatan dengan konsep membangun masyarakat Malaysia MADANI dan daerah Kabong tidak ketinggalan dalam aspek pengangkutan dan sosio ekonomi.

Justeru, beliau amat menghargai kegigihan semua peserta yang menyertai program sebegini dalam mengambil peluang untuk mendapatkan lesen.

“Saya ucapkan tahniah kepada para peserta semua kerana usaha ingin membuat lesen, ertinya kamu adalah warganegara Malaysia yang baik tidak mahu langgar undang-undang dan mahu memiliki lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Bantuan MyLesen Kelas B2 Peringkat DUN Kabong di Pusat Penjaja Kabong di sini, hari ini.

Program ini mendapat penyertaan seramai 959 peserta dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang telah bermula pada 11 Januari hingga 22 Febuari 2025.

Hasbi berkata komitmen para peserta sepanjang program ini juga menunjukkan betapa peserta menghargai sumbangan dan manfaat dari pelaksanaan program ini.

Katanya, program MyLesen yang diperkenalkan pada tahun 2024 bertujuan membantu golongan B40 dengan kadar bayaran yang minima.

Setakat ini, JPJ Sarawak telah memberi Lesen B2 kepada lebih 12,000 individu di seluruh Sarawak melalui program MyLesen ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Dato Mohd Chee Kadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili, Residen Bahagian Betong Richard Micheal Abunawas, dan Pegawai Daerah Kabong Tahir Sharee.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persatuan Cosplay Miri secara rasmi berdaftar dengan ROS
Next: Berikutan hujan, paras Sungai Rajang, Sungai Nyelong terus dipantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.