Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 959 calon berjaya dapat lesen menerusi program BLM  
  • SEMASA

959 calon berjaya dapat lesen menerusi program BLM  

Utusan Sarawak 4 months ago
GAMBAR hiasan.

KABONG: Seramai 959 calon telah berjaya mendapatkan lesen menerusi program Bantuan Lesen Memandu (BLM) setelah selesai melalui proses tapisan di peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta menjalani dan menghadiri ujian dan latihan yang telah ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, program BLM itu menyasarkan kepada pemohon yang berusia 16 tahun keatas untuk menyertainya, termasuk pelajar sekolah menengah.

“Ujian praktikal akan dijalankan pada Sabtu ini di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang Kabong, dan disusuli majlis penutupan rasmi yang akan berlangsung di Pusat Penjaja Kabong pada 22 Februari nanti ” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat majlis penutupan program berkenaan di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong, hari ini.

Chee Kadir berkata dengan terlaksananya program BLM ini, golongan B40 juga dapat dibantu dan bayaran bagi mendapatkan lesen B2 tersebut juga dikurangkan dan pemohon hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 sahaja.

Beliau berharap ilmu yang diperolehi ketika menghadiri kursus serta ujian pemanduan itu kelak akan menjadikan pelajar serta pengguna jalan raya lebih berhemah ketika menunggang motosikal di jalan raya. 

“Ini satu kemudahan bagi mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas untuk memiliki lesen menunggang motosikal Kelas B2,” katanya lagi.

Hadir sama pada mesyuarat ini ialah Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Sarawak Yusniman Mohamad, Ketua Cawangan JPJ Sarikei Yusuf Andan, dan wakil-wakil jabatan serta agensi yang terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemain Sape cilik dari Belaga ke pentas dunia
Next: Mukah, Miri kekal kawasan paling terjejas rekod jumlah mangsa banjir tertinggi  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.