Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 950 pelajar SMK Kai Chung dididik bahaya penipuan dalam talian
  • PENDIDIKAN

950 pelajar SMK Kai Chung dididik bahaya penipuan dalam talian

Utusan Sarawak 5 days ago
CERAMAH…. Inspektor Rahmat Safei berceramah di Stadium Chen Ling Mei. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Bahaya penipuan dalam talian dan jenayah komersial menjadi fokus ceramah yang disampaikan oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kepada kira-kira 950 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung di Stadium Chen Ling Mei.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata program anjuran pihak sekolah itu berlangsung dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi semalam dan turut disertai oleh 20 guru.

“Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran mengenai trend terkini jenayah komersial serta taktik licik sindiket penipuan.

“Di ceramah tersebut juga, pihak polis memperkenalkan Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) (talian 997), aplikasi Whoscall, portal Semak Mule/CCID Check, serta promosi kod QR bagi memuat turun e-Book Jenayah Komersial sebagai rujukan penting untuk pelajar dan guru agar tidak mudah terjerat dengan sindiket penipuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

SIJIL PENGHARGAAN…. Inspektor Rahmat Safei menerima sijil penghargaan dari SMK Kai Chung. Foto IPD Meradong 

Tambahnya, pihak polis mahu memastikan golongan muda celik maklumat dan tahu cara melindungi diri daripada jenayah siber yang semakin canggih.

“Golongan remaja dan belia kini terdedah dengan pelbagai platform digital yang boleh dimanipulasi penjenayah. 

“Kita mahu mereka kenal taktik baharu penipuan, tahu saluran rasmi untuk menyemak nombor akaun atau panggilan mencurigakan serta segera menghubungi NSRC di talian 997 sekiranya menjadi mangsa. 

“Program ini juga penting untuk memberi amaran tentang risiko menjadi ‘keldai akaun’, yang mana akaun bank individu disalah guna sindiket untuk aktiviti jenayah,” katanya. 

Katanya, pendedahan awal dapat membantu pelajar dan masyarakat membuat keputusan bijak, sekali gus mengelakkan kerugian besar yang sering berlaku akibat terpedaya dengan tawaran palsu.

“Selain itu, program ini turut memberi penerangan tentang fungsi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) serta peranan polis dalam membanteras kegiatan penipuan kewangan yang semakin agresif menyasarkan pengguna internet dan perbankan dalam talian.

“Saya juga menyeru masyarakat untuk lebih peka terhadap setiap tawaran tidak sahih, menyemak terlebih dahulu melalui portal rasmi atau aplikasi disarankan, serta segera membuat laporan sekiranya mengesyaki aktiviti penipuan.

“Kerjasama semua pihak, termasuk guru dan ibu bapa, amat diperlukan bagi melindungi pelajar daripada menjadi mangsa penipuan digital dan keldai akaun,” katanya lagi. 

Hadir untuk memberi ceramah ialah Inspektor Rahmat Safei.Turut hadir Inspektor Tan Juo Chi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: i-CATS dan Istanbul Teknik University perkukuh kerjasama aeroangkasa
Next: Bahasa Melayu perlu diperkasa sebagai bahasa ilmu merentasi bidang teknikal, sains

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.