Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 949 mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di Sarawak, tujuh PPS masih aktif
  • TEMPATAN

949 mangsa terjejas banjir dan tanah runtuh di Sarawak, tujuh PPS masih aktif

Utusan Sarawak 7 hours ago
BANJIR… Infografik APM, seramai 949 mangsa daripada 227 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Sarawak setakat 3.00 petang tadi, dengan tujuh PPS masih beroperasi di dua daerah melibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh. Foto APM Sarawak

KUCHING: Seramai 949 mangsa daripada 227 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Sarawak setakat 3.00 petang tadi, dengan tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah melibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, bencana banjir direkodkan di Daerah Kuching manakala kejadian tanah runtuh dilaporkan di Daerah Miri, sekali gus menjadikan dua bahagian dan dua daerah dikenal pasti terjejas setakat ini.

Di Daerah Kuching, banjir menyebabkan pembukaan enam PPS yang melibatkan 226 KIR dengan 945 mangsa, dengan trend pemindahan mangsa dilaporkan meningkat sejak PPS mula dibuka pada semalam.

Antara PPS yang dibuka ialah Dewan Masyarakat Stapok bagi penduduk Taman Desa Wira yang mula beroperasi pada semalam, menempatkan 203 mangsa daripada 55 KIR, dan masih kekal beroperasi.

Pemindahan turut melibatkan penduduk Kampung Sinar Budi Baru yang ditempatkan di Dewan R. Piang Kampung Sinar Budi Baru, juga dibuka semalam dengan 325 mangsa daripada 60 KIR, manakala jumlah mangsa di PPS berkenaan dilaporkan meningkat. 

Selain itu, PPS Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu dibuka haru ini bagi menempatkan 63 mangsa daripada 14 KIR, diikuti Dewan Surau Nurul Najih Stapok bagi penduduk Kampung Surih Iban yang menempatkan 56 mangsa daripada 18 KIR.

Banjir turut menjejaskan Taman Malihah, menyaksikan pembukaan Dewan Serbaguna Taman Malihah hari ini dengan 265 mangsa daripada 69 KIR, Sekolah Kebangsaan Chung Hua Sejijak turut diaktifkan hari ini bagi menempatkan 33 mangsa daripada 10 KIR. 

Kesemua PPS di daerah Kuching dilaporkan masih aktif dengan jumlah mangsa yang terus bertambah.

Sementara itu, di Daerah Miri, satu PPS masih beroperasi susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Lusut Jaya. PPS yang ditempatkan di Dewan Bulan Sabit Merah Kampung Lusut Jaya mula dibuka pada 9 Disember lalu, melibatkan seorang KIR dengan empat mangsa, dan setakat ini kekal beroperasi.

Secara keseluruhan, APM Sarawak memaklumkan tujuh PPS aktif, 227 KIR terjejas dan 949 mangsa dipindahkan, dengan trend pemindahan menunjukkan peningkatan terutama di Daerah Kuching. 

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, khususnya penduduk di kawasan rendah dan berisiko, serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hujan berterusan Kampung Bintawa Tengah dinaiki air, Kampung Pulo turut terjejas
Next: DBKU bakal laksana kaji selidik tangani banjir ‘termenung’ di Sungai Batu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.