Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 940 penerima luar bandar terima STR 2025 secara tunai
  • Utara
  • WILAYAH

940 penerima luar bandar terima STR 2025 secara tunai

Utusan Sarawak 11 hours ago

TERIMA KASIH… Penerima STR 2025 dari kawasan Tinjar dan Bakong hadir ke program penunaian bantuan tunai yang berlangsung lancar di Dewan Masyarakat Beluru, semalam.

BAKONG: Seramai 940 penerima dari kawasan luar bandar Tinjar dan Bakong menerima bayaran secara tunai menerusi program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Beluru, semalam.

Program anjuran Perbendaharaan Malaysia Sarawak bersama Kementerian Kewangan ini bertujuan memudahkan penerima STR yang tidak memiliki akaun bank untuk menunaikan bantuan mereka secara terus.

Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang itu berjalan lancar dengan sokongan pelbagai agensi, termasuk Pejabat Daerah Beluru, Ketua Masyarakat setempat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan RELA.

Kerjasama pelbagai pihak memastikan proses agihan berjalan secara teratur, selamat dan terkawal, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memastikan tiada penerima tercicir, khususnya dalam kalangan komuniti pedalaman.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa jaringan perlindungan sosial, terutamanya kepada penduduk luar bandar yang masih berdepan kekangan akses kepada perkhidmatan kewangan digital.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pelbagaikan komoditi untuk taraf hidup yang lebih baik – Larry
Next: 16 persatuan terima peruntukan Khas Premier Sarawak di Bawang Assan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.