

PULANG… Anggota Jabatan Imigresen Malaysia dari Depot Tahanan Imigresen Bekenu melaksanakan penghantaran pulang 94 warga asing melalui Pos Kawalan Imigresen Tebedu – Entikong, 30 September hingga 1 Oktober lalu.
MIRI: Seramai 94 tahanan warga asing telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing oleh Depot Tahanan Imigresen Bekenu menerusi Program Pemindahan Tahanan Warga Asing pada 30 September hingga 1 Oktober lalu.
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hari ini, proses penghantaran pulang itu dilakukan melalui Pos Kawalan Imigresen Tebedu – Entikong.
Daripada jumlah keseluruhan, 61 adalah lelaki, 27 wanita, manakala enam lagi merupakan kanak-kanak.


PULANG… Anggota Jabatan Imigresen Malaysia dari Depot Tahanan Imigresen Bekenu melaksanakan penghantaran pulang 94 warga asing melalui Pos Kawalan Imigresen Tebedu – Entikong, 30 September hingga 1 Oktober lalu.
“Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kuching yang bertindak sebagai pemudah cara, bagi memastikan setiap prosedur berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.
JIM Sarawak memaklumkan bahawa pelaksanaan program tersebut mencerminkan kerjasama erat antara agensi kerajaan Malaysia dan pihak konsulat, selain memperlihatkan komitmen terhadap pengurusan tahanan warga asing secara berhemah, berintegriti serta mengikut undang-undang.
Tambah kenyataan itu, usaha ini juga menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pengurusan tahanan warga asing dilakukan secara berkesan dan mematuhi piawaian antarabangsa.
Oleh Adum Liu