Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 93 terima Baucar Bantuan Pakaian Seragam
  • TEMPATAN

93 terima Baucar Bantuan Pakaian Seragam

Utusan Sarawak 3 years ago
TERIMA KASIH… Dato Simoi Peri ketika menyampaikan Baucar Bantuan Pakaian Seragam YS 2021 kepada wakil sekolah di Pejabat Daerah Sri Aman baru-baru ini.

SIMANGGANG: Seramai 93 pelajar dari enam sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga telah menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak (YS) 2021.

Kesemua baucar berkenaan telah pun disampaikan oleh penyandang kerusi DUN Lingga, Dato Simoi Peri kepada wakil enam sekolah berkenaan melalui satu majlis khas bagi tujuan itu di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Sri Aman dekat sini baru-baru ini.

Enam sekolah yang menerima baucar berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lingga, Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan, SK Pulau Seduku, SK Sembayang, SK Gran/Stumbin dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Lingga.

Pecahan penerimanya terdiri daripada 50 pelajar SMK Lingga, 22 murid SK Gran/Stumbin, 12 murid SK Lela Pahlawan, lima murid SJK Chung Hua Lingga, tiga murid SK Pulau Seduku dan seorang murid SK Sembayang.

“Baucar berkenaan adalah merupakan inisiatif YS untuk membantu meringankan beban keluarga yang kurang mampu dalam membuat persiapan persekolahan anak masing-masing.

“Melalui bantuan berkenaan para penerima yang terpilih hanya perlu ke kedai pembekal dan menulis nama pada baucar itu sebelum memilih barangan persekolahan dengan nilai harga keseluruhan sebanyak RM200,” kata beliau pada majlis itu.

Simoi berkata, pemberian bantuan itu secara tidak langsung akan dapat membantu para pelajar menimba ilmu dengan lebih selesa dan lebih berkeyakinan dalam kehidupan seharian masing-masing.

“Justeru saya berharap agar ibu bapa dapat membantu anak-anak memilih barangan persekolahan yang sesuai di kedai pembekal terpilih sebagai langkah persediaan bagi menghadapi mengharungi sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah,” katanya.

Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee turut hadir sama bagi menyaksikan majlis penyerahan baucar bantuan pakaian seragam tersebut kepada wakil dari keenam- sekolah berkenaan.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: 10 jurulatih terima pensijilan antarabangsa
Next: GPS sentiasa siap siaga ‘berperang’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.