92 peratus bayi di Gaza kekurangan akses pemakanan asas – PBB

Facebook
WhatsApp
KANAK-kanak Palestin beratur untuk makan panas di dapur amal di Kota Gaza semalam. Foto AFP

NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di wilayah Palestin yang diduduki melaporkan peningkatan 80 peratus dalam bilangan kanak-kanak yang menerima rawatan kekurangan zat makanan pada April berbanding Mac.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), krisis yang semakin meruncing ini disebabkan oleh sekatan berterusan Israel dan penutupan lintasan sempadan, yang menghalang penghantaran bekalan penting dengan ketara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, OCHA mendedahkan bahawa 92 peratus bayi berusia antara enam bulan hingga dua tahun, bersama ibu mereka, tidak mendapat keperluan pemakanan asas yang minimum, mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan jangka panjang yang serius.

Laporan itu juga menyatakan bahawa 65 peratus penduduk Gaza tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih, meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah kritikal. – Bernama-Wafa

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara