Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 92 motosikal diperiksa dalam Operasi Motosikal di Sibu Jaya
  • JENAYAH

92 motosikal diperiksa dalam Operasi Motosikal di Sibu Jaya

Utusan Sarawak 24 hours ago

DIPERIKSA…..Sebanyak 92 motosikal telah diperiksa dalam Operasi Motosikal yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Kong Yit Khim (Salim Stabau), Sibu Jaya, malam tadi. Foto IPD Sibu

SIBU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah memeriksa sebanyak 92 motosikal dalam Operasi Motosikal di sekitar kawasan Jalan Kong Yit Khim (Salim Stabau), Sibu Jaya.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 61 motosikal telah ditahan dibawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana keadaan motosikal yang telah diubah suai struktur asal dan juga untuk tujuan pemeriksaan selanjutnya.

“Turut diperiksa dalam operasi ini, seramai 120 individu yang terdiri daripada 114 orang lelaki dan enam orang perempuan.

“Dalam operasi ini juga, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 268 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas seperti ubahsuai exzos, tiada lesen memandu, ubahsuai kenderaan, tiada nombor pendaftaran dan pelbagai lagi kesalahan lalu lintas yang lain,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Menurutnya, operasi bermula 9.00 malam hingga 8.00 pagi tadi, disertai oleh dua pegawai kanan polis bersama 32 anggota ini bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan agar pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Operasi sebegini akan dijalankan secara berterusan dari masa ke semasa ke atas pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal bagi mencegah aktiviti samseng jalanan,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu atau menunggang kenderaan dengan berhemah serta berhati-hati di jalan raya.

Sementara itu, masyarakat juga diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan dan tidak melakukan pengubahsuaian kenderaan yang menghasilkan bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua individu ditahan di Lawas akibat penyalahgunaan dadah
Next: Op Motosikal: 12 individu diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.