90 maut jambatan runtuh di Gujarat, India 

Facebook
WhatsApp

NEW DELHI, 31 Okt (Bernama) — Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan pejalan kaki runtuh di Gujarat, India pada Ahad.

Beratus-ratus pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter, sebuah lokasi pelancongan popular dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian.

“Jambatan itu tiba-tiba runtuh ketika kami berada di atasnya. Semua orang terjatuh,” kata seorang saksi.

Setakat ini lebih 90 orang maut manakala anggota penyelamat sedang mengesan berpuluh mangsa yang masih hilang.

— BERNAMA


Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara