Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 9 maut selepas kenderaan rempuh orang ramai di Festival Filipina di Vancouver
  • GLOBAL

9 maut selepas kenderaan rempuh orang ramai di Festival Filipina di Vancouver

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Polis Vancouver mengesahkan sembilan orang maut dan ramai lagi cedera selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai semasa festival jalanan Filipina di Vancouver, Kanada. Gambar X/@SLCScanner)

ISTANBUL: Sembilan orang maut dan ramai lagi cedera selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai semasa festival jalanan Filipina di Vancouver, Kanada, menurut polis pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Polis Vancouver berkata dalam satu hantaran di X bahawa seorang lelaki telah memandu masuk ke arah orang ramai yang berkumpul untuk Festival Lapu Lapu pada malam Sabtu.

“Setakat ini, kami mengesahkan sembilan orang telah meninggal dunia selepas seorang pemandu lelaki merempuh orang ramai dengan kenderaannya di Festival Lapu Lapu malam tadi,” kata polis.

Pihak berkuasa berkata mereka “yakin” insiden itu bukan satu tindakan keganasan.

Pemandu berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun, kini ditahan.

Perdana Menteri Kanada Mark Carney menyampaikan ucapan takziah dalam satu hantaran di X, menyifatkan kejadian itu sebagai mengerikan.

“Saya amat sedih mendengar tentang insiden mengerikan di Festival Lapu Lapu di Vancouver awal malam ini,” katanya.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera, kepada komuniti warga Filipina-Kanada serta seluruh warga Vancouver. Kami semua turut bersedih bersama anda,” tambahnya,” tambahnya.

Kenderaan itu merempuh orang ramai yang menghadiri Lapu Lapu Day Block Party, acara tahunan bagi memperingati wira nasional pertama Filipina.

Anggota Parlimen kawasan Vancouver Kingsway, Don Davies, turut menyampaikan ucapan takziah.

“Baru menerima berita sedih mengenai serangan tragik di Festival Lapu Lapu. Saya berdoa untuk semua mangsa dan keluarga mereka,” tulis Davies di X.

Sebuah pusat bantuan 24 jam telah ditubuhkan di Pusat Komuniti Douglas Park bagi membantu individu yang gagal menghubungi ahli keluarga mereka susulan insiden itu.

— BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Ramai maut kereta rempuh orang ramai di Vancouver, Kanada
Next: Gunung Bulusan meletus, Filipina naikkan tahap amaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.