Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 9 maut, 5 hilang dalam banjir di tengah Vietnam
  • GLOBAL

9 maut, 5 hilang dalam banjir di tengah Vietnam

Utusan Sarawak 17 hours ago
PANDANGAN udara menunjukkan air banjir melanda Bandar Kekaisaran di Hue pada 28 Oktober 2025. Bandar Hue di Vietnam tengah merekodkan hujan lebih satu meter dalam tempoh 24 jam, memecahkan rekod kebangsaan yang ditetapkan lebih dua dekad lalu, menurut kementerian alam sekitar. Foto AFP

HANOI: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala lima lagi dilaporkan hilang apabila banjir terus melanda wilayah tengah Vietnam, lapor Xinhua memetik portal kerajaan pada Rabu.

Menurut Pejabat Jawatankuasa Pemandu Pertahanan Awam Kebangsaan, enam kematian dilaporkan di bandar Da Nang, satu di bandar Hue dan dua lagi di wilayah Quang Ngai.

Ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai pemulihan pascabanjir bersama pihak berkuasa tempatan yang terjejas pada Rabu, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh berkata kejadian kali ini merupakan antara banjir paling teruk pernah melanda tengah Vietnam, dengan banyak kawasan mengalami taburan hujan tertinggi dalam sejarah.

Menteri Pertanian dan Alam Sekitar Tran Duc Thang berkata banjir telah menenggelamkan 32 daripada 40 perkampungan dan mukim di bandar Hue dan Da Nang, menjejaskan lebih 110,000 isi rumah secara keseluruhan.

Perdana menteri menggesa pihak berkuasa tempatan untuk terus memindahkan penduduk dari kawasan berisiko tanah runtuh dan banjir kilat, serta memastikan bekalan makanan, barangan keperluan asas, air bersih dan bahan pembasmi kuman mencukupi bagi komuniti yang terjejas.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh di Tengah Sudan
Next: Angkasawan Rusia lakukan aktiviti berjalan di angkasa kedua pada 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.