Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 89 individu ditahan dalam Ops Tapis Narkotik
  • JENAYAH

89 individu ditahan dalam Ops Tapis Narkotik

Utusan Sarawak 2 days ago
DITAHAN… Individu ditahan menerusi Ops Tapis Narkotik yang dijalankan oleh IPD Sibu yang bermula dari 6 hingga 16 Oktober lalu. Foto IPD Sibu

SIBU: Seramai 89 individu ditahan menerusi Ops Tapis Narkotik yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang bermula dari 6 hingga 16 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata seramai empat individu ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 10 suspek di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952, serta 75 penagih dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

FOTO IPD Sibu.

“Sebanyak 29.29 gram dadah disyaki syabu yang bernilai RM3,221.90 berjaya dirampas,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Sibu dan didakwa mengikut seksyen masing-masing.

Zulkipli menegaskan, polis akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu bagi mengekang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah yang menjejaskan kesejahteraan masyarakat.

FOTO IPD Sibu.

“Kami juga menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah kepada pihak polis,” ujarnya.

Maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau ISJN Sarawak di 017-5929221

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: OPS SAPU: JIM Sarikei tumpaskan 17 pati warga Indonesia
Next: Kes tikam pelajar perempuan: 127 saksi dirakam keterangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.