Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 8,868 remaja di Bahagian Miri telah divaksin
  • TEMPATAN

8,868 remaja di Bahagian Miri telah divaksin

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Datuk Lee Kim Shin semasa mengadakan lawatan ke Program Imunisasi Remaja 16 hingga 17 tahun di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin di Miri pada Jumaat lepas.

MIRI: Seramai 8,868 remaja berusia 16 hingga 17 tahun di Bahagian Miri telah menerima vaksin Covid-19.

Kesemua  remaja  terbabit adalah dari Daerah Miri, Daerah Subis, Daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan.

Menteri Bertanggungjawab  bagi  Jawatankuasa  Pengurusan  Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk  Lee  Kim  Shin  berkata, berdasarkan data yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Miri, Pejabat Pendidikan Daerah Subis dan Pejabat Pendidikan Daerah Baram (meliputi Daerah Marudi, Beluru dan Telang Usan), seramai 11,076 orang pelajar dijadualkan untuk menerima Dos 1 suntikan vaksin Covid-19 dan seramai 488 orang remaja berumur 16 hingga 17 tahun yang tidak bersekolah hadir secara “walk-in” yang diadakan serentak bermula 10 hingga 12 September 2021 di kesemua PPV yang telah ditetapkan di Bahagian Miri.

Katanya,  daripada jumlah tersebut, seramai 2,706 orang pelajar tidak divaksin dan antara faktor atau sebab pelajar tersebut belum divaksin adalah kerana mereka tidak hadir ke PPV, mempunyai kontraindikasi (tanda bahawa vaksin tidak boleh diberikan kerana kesan mudarat), enggan menerima vaksin serta mempunyai ko-morbid obesiti.

“Daripada lawatan saya ke pusat vaksin pada Jumaat lepas, saya telah mendapat maklum  balas daripada pengetua dan guru besar iaitu kira-kira 10% pelajar tidak dapat divaksin di PPV Awam kerana mempunyai komorbid obesiti.

“Kalau mengikut garis panduan vaksinasi remaja, mana-mana remaja yang mempunyai komorbid obesiti atau mana-mana komorbid yang disenaraikan hendaklah dilaksanakan suntikan vaksinasi di hospital.

“Seorang Pengetua dari Sekolah Menengah pula ada memaklumkan saya daripada 440 pelajar, 48 orang pelajar tidak dapat diberikan suntikan vaksin di PPV Awam, ini kerana mereka juga mempunyai komorbid obesiti dan akan dirujuk ke Hospital Miri bagi suntikan vaksinasi.

“Pihak PPD dan Sekolah telah memberikan senarai remaja dengan ko-morbid obesity ini untuk vaksinasi di Hospital Miri,” katanya.

Lee yang juga merupakan Menteri Pengangkutan  Sarawak  berkata  demikian dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, sebanyak 30 sekolah menengah di Bahagian Miri terlibat dengan pemberian imunisasi Covid-19 remaja berumur 16 hingga 17 tahun selama tiga hari bermula 10 hingga 12 September 2021 iaitu masing-masing  19 buah sekolah menengah di Daerah Miri, lima di Daerah Subis dan selebihnya di kawasan Baram iaitu di Daerah Marudi, Daerah Beluru dan Daerah Telang Usan.

Continue Reading

Previous: Swinburne Kampus Sarawak lakar sejarah baharu
Next: USAH UJIAN CALITAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.