Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 87 peserta sertai program kesedaran kebakaran di SK Nanga Kara
  • Tengah
  • WILAYAH

87 peserta sertai program kesedaran kebakaran di SK Nanga Kara

Utusan Sarawak 17 hours ago
ALAT PEMADAM API...PBK I Mijan Pamin menerangkan cara betul penggunaan alat pemadam api. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Seramai 87 peserta terdiri daripada murid serta guru Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kara telah menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program yang bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran, khususnya dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. 

“Program dikendalikan oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin dan PBK II Herman Basa dengan pelbagai pengisian interaktif yang memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta.

“Program ini memberi pengetahuan penting kepada peserta tentang cara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran, kaedah pemadaman api awal serta kepentingan langkah pencegahan,” katanya ketika dihubungi.

LATIHAN…Peserta diajar cara memadam kebakaran dapur menggunakan cara yang betul. Foto BBP Bintangor

Katanya, antara aktiviti dijalankan ialah pengungsian bangunan, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman api dan latihan pengendalian kebakaran dapur menggunakan peralatan asas.

“Penganjuran program sebegini penting dalam memperkukuh budaya keselamatan di sekolah dan memberi latihan awal kepada warga sekolah supaya mampu bertindak pantas dan betul sekiranya berlaku kecemasan.

“Kesedaran terhadap keselamatan kebakaran perlu diterapkan sejak di bangku sekolah agar setiap individu tahu langkah menyelamat diri,” katanya. 

Tambahnya, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga sekolah.

Oleh Earl Anek 

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jalan di kawasan Jakar tingkat kemudahan penduduk setempat
Next: Kerja meroboh jejantas depan Hospital Umum bermula malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.