Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 84 PATI ditahan dalam Ops Imigresen di Sibu
  • JENAYAH

84 PATI ditahan dalam Ops Imigresen di Sibu

Utusan Sarawak 16 hours ago

DITAHAN…..JIM Sarawak melalui PTK telah melaksanakan ‘Ops Gegar’ dan ‘Ops Sapu’ di sekitar Bahagian Sibu. -Foto Facebook JIM Sarawak

SIBU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi Pasukan Tindakan Khas (PTK) telah melaksanakan operasi bersepadu ‘Ops Gegar’ dan ‘Ops Sapu’ di sekitar Bahagian Sibu, awal pagi semalam.

Pengarah JIM Sarawak, Abdul Halim Abang Naili, berkata operasi bermula 12.00 tengah malam hingga 3.30 pagi itu bertujuan membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berisiko tinggi.

DITAHAN…..JIM Sarawak melalui PTK telah melaksanakan ‘Ops Gegar’ dan ‘Ops Sapu’ di sekitar Bahagian Sibu. -Foto Facebook JIM Sarawak

“Operasi ini melibatkan 12 anggota PTK dan dilaksanakan hasil risikan dalaman, menyasarkan dua lokasi iaitu sebuah pusat hiburan (KTV) dan rumah kedai yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti serta penempatan warga asing tanpa dokumen sah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, seramai 110 individu telah diperiksa, dan hasilnya 84 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah undang-undang imigresen.

“Daripada jumlah itu, 67 adalah lelaki dan 17 perempuan, melibatkan 63 lelaki warga Pakistan, tiga lelaki dan 17 perempuan warga Indonesia, serta seorang lelaki warga Myanmar,” jelasnya.

Kesemua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 tidak memiliki pas atau permit sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, dan Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 menyalahgunakan pas lawatan atau permit.

Abdul Halim memaklumkan bahawa semua tahanan akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut di bawah Akta dan Peraturan berkaitan.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suri rumah di Sibu rugi RM48,800 terjerat tawaran kerja sambilan dalam talian
Next: Dua bot tunda ditahan APMM Bintulu di Kuala Kemena

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.