Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 84 JKKK Parlimen Sibu terima peruntukan sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

84 JKKK Parlimen Sibu terima peruntukan sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2026

Utusan Sarawak 2 hours ago
TERIMA KASIH…sebanyak 84 JKKK menerima cek peruntukan dari Ahli Parlimen Sibu baru-baru ini. 

SIBU: Sebanyak 84 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Parlimen Sibu menerima cek peruntukan khas bagi menganjurkan aktiviti komuniti sempena sambutan Krismas 2025 dan Tahun Baharu 2026.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, berkata agihan itu bukan sahaja bertujuan menyemarakkan sambutan perayaan, malah mengukuhkan keharmonian komuniti rumah panjang menerusi program berteraskan perpaduan.

Selain peruntukan kepada JKKK, sebanyak sembilan rumah panjang turut menerima tajaan bakul hadiah sebagai sokongan tambahan kepada komuniti menjelang perayaan.

Menurut Ling, keluasan kawasan Parlimen Sibu menyebabkan terdapat rumah panjang yang memerlukan sehingga 90 minit perjalanan darat, manakala sebahagian lagi perlu menempuh dua jam perjalanan dengan perahu enjin untuk sampai ke lokasi.

“Walaupun jarak perjalanan menjadi cabaran untuk bersama-sama meraikan perayaan, Krismas tetap diraikan serentak oleh komuniti rumah panjang sebagai detik penting mengukuhkan hubungan dan semangat kesatuan,” katanya.

Dalam sesi penyerahan itu, Ling turut berkongsi perkembangan pelbagai reformasi di bawah Kerajaan MADANI, termasuk berkaitan perundangan, pentadbiran serta ekonomi yang menurutnya telah membantu membawa Malaysia ke landasan kemajuan secara berperingkat.

Beliau berkata usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tertumpu kepada mengurangkan hutang negara, mengukuhkan nilai ringgit, menarik pelaburan asing dan memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ling menegaskan hanya rumah panjang yang berada dalam kawasan Parlimen Sibu layak menerima agihan peruntukan tersebut. Kawasan terlibat meliputi Rassau, Tutus, Bungan, Sungai Sebedil, Pasai, Penasu, Bawang Assan, Rantau Panjang, Oya, Teku dan Sungai Banyok.

Beliau berkata majoriti masyarakat Iban di Sibu beragama Kristian, justeru Krismas merupakan perayaan terbesar rumah panjang setiap tahun.

Beliau berkata majoriti masyarakat Iban di Sibu beragama Kristian, justeru Krismas merupakan perayaan terbesar rumah panjang setiap tahun.

“Pusat khidmat kami memastikan komuniti Iban dapat meraikan Krismas dan menyambut Tahun Baharu 2026 dengan lebih meriah serta bermakna,” katanya sambil menyampaikan ucapan selamat maju jaya menjelang tahun baharu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Skuad Bravo musnahkan sarang tebuan di SK Pengrah Entri
Next: MPP dan Pansar perkukuh kerjasama hijau melalui program penanaman pokok di Taman Tebingan Sungai Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.