Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 82 saman dikeluarkan semasa Op Pandu Laju di Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

82 saman dikeluarkan semasa Op Pandu Laju di Sri Aman

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI khas bagi mengekang tabiat pemanduan melebihi had laju di sekitar daerah ini, semalam. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Sebanyak 82 keping saman telah dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Sri Aman dalam satu operasi khas bagi mengekang tabiat pemanduan melebihi had laju di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, Op Pandu Laju yang dijalankan itu memberi tumpuan kepada kawasan strategik termasuk laluan Lebuh Raya Pan Borneo serta lokasi yang kerap dilaporkan berlaku kemalangan jalan raya.

Menurut beliau, objektif utama operasi berkenaan adalah untuk mengesan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang degil serta berterusan melanggar peraturan had laju yang telah ditetapkan.

“Tindakan tegas akan terus diambil tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan, khususnya kesalahan memandu laju kerana ia boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

OPERASI khas bagi mengekang tabiat pemanduan melebihi had laju di sekitar daerah ini, semalam. Foto IPD Sri Aman

Selain kesalahan memandu melebihi had laju, operasi tersebut turut menyasarkan pelbagai kesalahan trafik lain termasuk pelanggaran di kawasan pusingan P (P-Turn) dan ketidakpatuhan terhadap peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa.

Superintenden Dennis menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan sebagai langkah meningkatkan kesedaran serta disiplin dalam kalangan pemandu.

Di samping itu ia mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah ketika memandu dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan, khususnya di kawasan titik panas.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merancang perjalanan dengan baik serta mengutamakan aspek keselamatan dengan mematuhi papan tanda dan had laju yang ditetapkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya dapat tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemudahan Taman Awam Bekenu rosak, undang risiko dan tindakan segera diperlukan
Next: BDA, Jabatan Veterinar Sarawak anjur Program Vaksinasi Anti-Rabies Percuma di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.