Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 82 peratus penerima SARA bulanan, 54 peratus SARA untuk Semua berbelanja setakat 1 Mac
  • NASIONAL

82 peratus penerima SARA bulanan, 54 peratus SARA untuk Semua berbelanja setakat 1 Mac

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO Bernama.

KUALA LUMPUR: Hampir 6.7 juta penerima program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan menggunakan bantuan itu, setakat 1 Mac 2026, bagi membeli barang keperluan asas di premis berdaftar,

Ia merangkumi 82 peratus daripada keseluruhan 8.1 juta penerima pada 2026, dengan nilai perbelanjaan mencecah hampir RM1 bilion.

Bagi program SARA untuk semua rakyat Malaysia dewasa yang layak pula, lebih 12.1 juta penerima telah berbelanja, iaitu 54 peratus daripada jumlah keseluruhan, dengan nilai perbelanjaan hampir RM1 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang ingin mengetahui mengenai jumlah penerima program MySARA setakat ini dan nilai dana yang telah digunakan oleh rakyat.

Liew berkata bermula 9 Februari 2026, kerajaan telah meluaskan kategori barangan SARA dengan memasukkan makanan sejuk beku sebagai kategori baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 15 kategori berbanding 14 sebelum ini.

“Kerajaan juga menambah bilangan jenis barangan yang boleh dibeli kepada 140,000 berbanding 100,000 sebelum ini,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Laporan akhir kebolehlaksanaan projek Keretapi Trans-Borneo dijangka siap pertengahan 2026
Next: 1,600 Jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi susulan gangguan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.