Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 81 ditahan dalam operasi khas antinarkotik tujuh hari di Kuching
  • JENAYAH

81 ditahan dalam operasi khas antinarkotik tujuh hari di Kuching

Utusan Sarawak 3 hours ago
ACP Alexson Naga Chabu menegaskan bahawa serbuan dadah akan diteruskan.

KUCHING: Seramai 81 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah susulan operasi khas antinarkotik selama tujuh hari yang dijalankan oleh Polis Daerah (IPD) Kuching dari 29 Januari hingga 4 Februari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata operasi yang dikenali sebagai Op Tapis Khas Narkotik itu dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan Kuching.

Menurut beliau seorang suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 seorang di bawah Seksyen 39A satu 10 di bawah Seksyen 12 dua satu seorang di bawah Seksyen 6 manakala 68 individu lagi ditahan di bawah Seksyen 15 satu akta yang sama.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai jenis dadah sepanjang operasi tersebut melibatkan 9.56 gram methamphetamine dan 504.05 gram ganja.

“Jumlah nilai rampasan dadah dianggarkan sebanyak RM2,551.60,” katanya.

Alexson berkata kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama erat daripada orang awam.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki mengedar atau melindungi aktiviti berkaitan dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang undang,” tegasnya.

Beliau menambah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kekal komited dalam memerangi dadah bagi melindungi generasi kini dan akan datang sambil menyifatkan dadah sebagai musuh nombor satu negara.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012 208 7222 atau talian hotline JSJN Kontinjen Polis Sarawak di 017 592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Kuching tumpaskan sindiket penipuan permainan dalam talian, 6 suspek ditahan
Next: Lelaki tempatan ditahan miliki senapang bakakuk, komponen senapang patah dan peluru tanpa permit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.