Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 8,000 sertai Perarakan Perpaduan sempena Hari Sarawak
  • SEMASA

8,000 sertai Perarakan Perpaduan sempena Hari Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago
MERIAH..Sekitar  Perarakan Perpaduan sempena sambutan Hari Sarawak pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.

MIRI: Sekitar 8,000 peserta memeriahkan Hari Sarawak hari ini dengan menyertai  Perarakan Perpaduan di sini, pagi tadi.

Kemeriahan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang tiba di Stadium Miri untuk menyempurnakan pelepasan peserta perarakan.

Para peserta mula membanjiri Stadium Miri seawal 6.00 pagi untuk menyertai perarakan sejauh 2.7 kilometer itu.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Sarawak 2025 Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Hari Sarawak Lambang Identiti dan Perpaduan – Dr Sim
Next: 352 peserta antarabangsa kunjungi rumah panjang di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.