Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 80 peratus wilayah Mongolia dilitupi salji tebal
  • GLOBAL

80 peratus wilayah Mongolia dilitupi salji tebal

Utusan Sarawak 3 hours ago
SALJI tebal menyelaputi sebahagian besar wilayah Mongolia, dengan hampir 80 peratus kawasan negara itu diliputi salji setakat 20 Disember.

ULAN BATOR: Kira-kira 80 peratus daripada keluasan tanah Mongolia kini dilitupi salji, menurut Agensi Kebangsaan Meteorologi dan Pemantauan Alam Sekitar pada Isnin, lapor Xinhua.

“Sehingga 20 Dis, sekurang-kurangnya 79 peratus daripada keseluruhan wilayah negara ini dilitupi salji setebal sehingga 20 sentimeter, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya cuaca musim sejuk melampau yang dikenali sebagai ‘dzud’ pada musim sejuk ini,” menurut agensi pemantauan cuaca itu dalam satu kenyataan.

Dzud ialah istilah dalam Bahasa Mongolia yang merujuk kepada musim sejuk yang amat sejuk, apabila sejumlah besar ternakan mati akibat tanah yang membeku atau dilitupi salji.

Mongolia sememangnya terkenal dengan iklim benua yang melampau, dicirikan oleh musim sejuk yang panjang dan sangat dingin serta musim panas yang singkat.- Bernama–Xinhua

Continue Reading

Previous: Penerbangan Air India ke Mumbai berpatah balik ke Delhi selepas enjin mati
Next: NASA selesai latihan penting misi dengan anak kapal ke bulan selepas 50 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.