Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 80 pelajar sertai kem kepimpinan pasukan unit beruniform Zon Tengah II di Kanowit
  • Tengah
  • WILAYAH

80 pelajar sertai kem kepimpinan pasukan unit beruniform Zon Tengah II di Kanowit

Utusan Sarawak 7 days ago
DITAULIAHKAN…Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah-sekolah Daerah Kanowit yang ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Daerah Kanowit.

KANOWIT: Seramai 80 pelajar telah menyertai Kem Kepimpinan Pasukan Unit Beruniform Sekolah Menengah Zon Tengah II yang diadakan di sini baru-baru ini.


Sebanyak 15 sekolah daripada lapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil bahagian dalam kem ini. PPD yang terlibat ialah Sibu, Mukah, Kapit, Daro, Dalat, Selangau, Song, serta tuan rumah, PPD Kanowit.

Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam, bermula dari 23 hingga 25 September lalu, dengan penyertaan seramai 80 pelajar dan 20 guru pengiring.

PUPUK KEPIMPINAN…Para pelajar yang terlibat dalam dalam Kem Kepimpinan Pasukan Unit Beruniform Sekolah Menengah Zon Tengah II di Kanowit, baru-baru ini.

Perasmian penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Johnny Rasit. 

Mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, beliau menyatakan harapan agar Kem Kepimpinan Sekolah Menengah ini dapat melahirkan murid yang memiliki sifat kepimpinan, jati diri yang utuh, pemikiran kreatif dan kritis, keyakinan diri yang tinggi serta daya tahan dalam menghadapi cabaran era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola atas sumbangan serta komitmen tinggi dalam memastikan program perkhemahan ini berjalan lancar.

Sementara itu, penghargaan turut diberikan kepada semua guru pengiring, para pelajar serta semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, yang telah bersama-sama bertungkus-lumus dan berganding bahu menjayakan penganjuran Kem Kepimpinan ini pada tahun ini.


Pada majlis sama, seramai 40 peserta ditauliahkan sebagai Pegawai Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Daerah Kanowit yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah Daerah Kanowit. 

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai yang ditauliahkan dan berharap agar semua pegawai yang telah ditauliahkan akan berkomitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kehilangan warga emas, Rumai Jantin masih jadi tanya
Next: Hari Cuci Malaysia perkasa semangat kebersihan di BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.