Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 80 PATI ditahan dalam Ops Mahir
  • JENAYAH

80 PATI ditahan dalam Ops Mahir

Utusan Sarawak 19 hours ago
DITAHAN… Seramai 80 PATI ditahan dalam Ops Mahir ditahan dalam Operasi Mahir (Ops Mahir) yang dijalankan semalam di dua tapak pembinaan sekitar Kuching, semalam. Foto JIM

KUCHING: Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menahan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi Mahir (Ops Mahir) yang dijalankan di dua tapak pembinaan di sini, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak baru-baru ini, operasi itu dijalankan bagi membanteras kehadiran warga asing yang bekerja tanpa permit serta menetap secara tidak sah di negeri ini.

SEMBUNYI… Kelihatan salah seorang PATI bersembunyi sebelum ditahan. Foto JIM

“Hasil pemeriksaan terhadap 171 individu, seramai 80 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah,” jelas kenyataan itu.

Tambah jabatan, tiga majikan turut dipanggil ke Pejabat Imigresen Kuching bagi membantu siasatan lanjut untuk mengenal pasti penglibatan mereka dalam menggaji atau melindungi pekerja asing tanpa izin di lokasi berkenaan.

JIM Sarawak menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen, sambil menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan PATI melalui saluran rasmi jabatan bagi membanteras kegiatan tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan negeri.

Oleh Amanda L

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seorang lagi keldai akaun ditangkap polis di Lubok Antu
Next: Dua lelaki ditahan dalam ‘Op Tapis Khas’di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.