Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 80 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Balai Raya Sebauh
  • Utara
  • WILAYAH

80 mangsa banjir dipindahkan ke PPS Balai Raya Sebauh

Utusan Sarawak 18 hours ago
KEADAAN di PPS Balai Raya Sebauh yang menempatkan mangsa terjejas banjir selepas pusat berkenaan dibuka awal pagi tadi.

SEBAUH: Seramai 80 mangsa daripada 28 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir setakat ini telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Sebauh yang dibuka awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBD) Sebauh, Thaddeus Ling Bartholomew Allo berkata, pembukaan PPS berkenaan dibuat susulan peningkatan paras air sungai akibat hujan berterusan sejak 8 Januari lalu.

Menurut beliau, PPS Balai Raya Sebauh mula dibuka pada 5.00 pagi, 10 Januari bagi menempatkan penduduk dari kawasan setinggan belakang Pejabat Daerah Sebauh, Kampung Hilir Sebauh, Taman Tedeum Sebauh dan Kampung Hulu Sebauh.

KEADAAN di PPS Balai Raya Sebauh yang menempatkan mangsa terjejas banjir selepas pusat berkenaan dibuka awal pagi tadi.

Pengurusan PPS disokong oleh beberapa agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Sebauh, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) serta sukarelawan.

Difahamkan, pemantauan rapi terus dijalankan memandangkan keadaan cuaca masih tidak menentu dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPS Dewan Suarah dibuka, 39 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan
Next: Laluan jalan raya dan kawasan perumahan di Senadin, Tudan masih dinaiki air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.