Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 79 warga Indonesia diserah kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Tebedu
  • SEMASA

79 warga Indonesia diserah kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Tebedu

Utusan Sarawak 6 hours ago
DISERAH… Seramai 79 orang warganegara Indonesia melibatkan 68 lelaki dan 11 wanita telah selamat dipindah dan diserahkan kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) pada Jumaat lepas. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

TEBEDU: Seramai 79 orang warganegara Indonesia melibatkan 68 lelaki dan 11 wanita telah selamat dipindah dan diserahkan kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) pada Jumaat lepas.

Proses pemindahan tersebut telah dilaksanakan oleh Depot Imigresen Bekenu, Miri dengan kekuatan seramai 10 orang pegawai.

Operasi berkenaan dijalankan secara teratur dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua individu terlibat sentiasa terpelihara.

DISERAH… Seramai 79 orang warganegara Indonesia melibatkan 68 lelaki dan 11 wanita telah selamat dipindah dan diserahkan kepada wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) pada Jumaat lepas. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kesemua warga asing terbabit diserahkan dalam keadaan sihat dan terkawal. Sepanjang proses pemindahan dan penyerahan dilaksanakan, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.

Urusan penyerahan tersebut merupakan sebahagian daripada prosedur rasmi pengurusan dan pemindahan keluar warga asing setelah selesai menjalani proses dokumentasi serta tindakan perundangan yang berkaitan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Saya tidak perlu cuti, jalankan tugas seperti biasa, kata Azam Baki
Next: Sabah yakin Kerajaan Persekutuan akan laksana bayaran tuntutan MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.