Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 79 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip
  • WILAYAH

79 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip

Utusan Sarawak 17 hours ago
TERKAWAL… Proses pendaftaran dan pemindahan mangsa terjejas banjir ke PPS SK Bukit Arip sedang dijalankan. Foto APM Selangau

SELANGAU: Proses pendaftaran dan pemindahan mangsa terjejas banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip sedang dijalankan.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, PPS berkenaan yang dibuka pada 12.00 tengah hari tadi, setakat ini menempatkan 79 mangsa daripada 15 Ketua Isi Rumah (KIR).

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 14 KIR melibatkan 74 mangsa adalah penduduk Rumah Jambai, manakala lima mangsa daripada satu KIR dari Rumah David.

TERKAWAL… Proses pendaftaran dan pemindahan mangsa terjejas banjir ke PPS SK Bukit Arip sedang dijalankan. Foto APM Selangau

“Pecahan penghuni PPS SK Bukit Arip terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 10 kanak-kanak lelaki, 16 kanak-kanak Perempuan dan dua bayi lelaki.

“Selain itu, dua lelaki OKU lelaki, seoarang perempuan OKU, tujuh warga emas lelaki dan sembilan warga emas perempuan. Jumlah keseluruhan penghuni lelaki ialah 34 orang dan perempuan 45 orang,” katanya.

Beliau berkata, proses pendaftaran dan pemindahan mangsa masih berjalan dan keadaan di PPS SK Bukit Arip adalah baik serta terkawal.

Antara agensi yang terlibat di PPS berkenaan ialah APM Selangau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (RELA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 87 mangsa banjir selamat dipindahkan ke Dewan SK Pangkalan Sorah
Next: APM pantau kawasan berisiko banjir di SK Nanga Selangau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.