Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 79 ADUN angkat sumpah
  • TEMPATAN

79 ADUN angkat sumpah

Utusan Sarawak 3 years ago

TIBA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi menghadiri Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Kali Ke-19 di DUN, Kuching semalam. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Seramai 79 daripada 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) 18 Disember lalu mengangkat sumpah di sini, semalam.

Majlis angkat sumpah berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong mendahului senarai angkat sumpah dan ia kemudianya disusuli tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah (ADUN Bukit Saban), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (ADUN Bukit Sari) dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (ADUN Batu Kawa).

Wakil rakyat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) termasuk empat ADUN Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua ADUN Parti Tindakan Demokratik (DAP) turut mengangkat sumpah pada kali ini.

Dalam perkembangan sama, persidangan kali ini juga menyaksikan 18 wakil rakyat baharu akan membuat penampilan pertama dalam persidangan hari pertama DUN bagi penggal Ke-19 ini.

Persidangan ini juga menyaksikan suasana, landskap dan iklim persidangan berbeza apabila berkurangnya ahli di blok pembangkang dan kali ini ketua pembangkang diketuai ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh.

Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Ke-19 ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Negeri Ke-12 (PRN12).

Pada PRN-12 lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dengan majoriti dua pertiga dengan dan berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Pindaan jawatan KM letak S’wak dalam perspektif betul
Next: Wajar mulakan pembezaan dengan tajuk ‘Premier’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.