Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 79.5 peratus KIR terima BWI
  • NASIONAL

79.5 peratus KIR terima BWI

Utusan Sarawak 3 years ago
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama mangsa banjir ketika menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 semasa melawat PPS di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Alor Gajah, Selasa lalu.• Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 Ketua Isi Rumah (KIR) terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI)  RM1,000 setakat 1.00 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ciapan di Twitternya, Ismail Sabri berkata mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Satu kes varian Omicron dikesan di Labuan
Next: CyCORE untuk banteras cetak rompak digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.