Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 78 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

78 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Saratok

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELAKSANAAN Op Bersepadu dan Op Mingguan Pematuhan Lalu Lintas yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam. Foto: IPD Saratok.

​SARATOK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok mempertingkatkan kawalan keselamatan jalan raya menerusi pelaksanaan Op Bersepadu dan Op Mingguan Pematuhan Lalu Lintas yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam. 

Operasi yang bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu memfokuskan kepada penguatkuasaan undang-undang serta memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturanyang ditetapkan bagi menjamin keselamatan bersama.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan sebanyak 78 keping saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang tempoh empat jam operasi tersebut berlangsung. 

POLIS bertindak tegas terhadap kesalahan trafik. Foto: IPD Saratok.

Tindakan tegas ini diambil hasil daripada pemeriksaan rapi yang dijalankan oleh pasukan petugas terhadap aliran kenderaan yang melalui kawasan tumpuan utama.

​Operasi tersebut melibatkan kekuatan seramai dua pegawai dan 17 anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) serta unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis IPD Saratok. 

Pasukan petugas telah melakukan rondaan dan sekatan di beberapa lokasi strategik termasuk jajaran Lebuh Raya Pan Borneo, kawasan Pekan Saratok, dan Jalan Roban Lama bagimemantau pergerakan kenderaan secara menyeluruh.

​Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 75 kenderaan telah diperiksa merangkumi 25 motokar, 11 kenderaan pelbagai guna (MPV), 20 motosikal, 10 pacuan empat roda, lima lori, dan empat van. 

Pemeriksaan dilakukan secara teliti bagi memastikan setiap pemandu mempunyai dokumen sah serta kenderaan berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di jalan raya.

​Selain pengeluaran saman, pihak polis turut menyita sebuah motosikal selepas didapati pemiliknya melakukan pengubahsuaian ekstrem yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkanoleh pihak berkuasa.

RONDAAN dan sekatan trafik demi keselamatan awam. Foto: IPD Saratok.

Penahanan kenderaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan polis dalam membendung budaya modifikasi haram yang sering menjadi punca gangguan bunyi dan risiko kemalangan.

​DSP Mathew menjelaskan bahawa objektif utama operasi ini dijalankan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, khususnya yang melibatkan golongan penunggang motosikal. 

​Selain daripada aspek penguatkuasaan, operasi ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran sivik dan keselamatan jalan raya dalam kalangan penduduk setempat serta pengguna lebuh raya. 

Pihak polis berharap kehadiran mereka di lapangan dapat mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin dan tidak hanya mematuhi peraturan ketika adanya operasi dijalankan sahaja.

IPD Saratok turut menegaskan bahawa operasi serupa akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan orang awam di Daerah Saratok sentiasa terpelihara.​

Oleh Adi Safarman

Tags: Selatan wilayah

Continue Reading

Previous: Pembayaran RM1.8 bilion pengambilalihan Pelabuhan Bintulu tidak merendahkan hak Sarawak di bawah MA63
Next: Dato Wee gesa penduduk cegah kebakaran, pecah masuk sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.